Monday, 14 October 2013

Sahabat, Itu Urusan Allah :)

Lagu di laptop berkumandang..
seketika, telinga mendengar, hati menghayati bait-bait lirik yang terucap,,
lagu dari In-Team yang berjudul "Kalimah Cinta" itu, membuai seketika perasaan remaja ini..

" Pepohon cintaku, kian merimbun,
semakin dicantas, makin bertunas,
tidak mampu mendustai hatiku,
rasa cinta fitrah manusia..

Siapalah aku..menolak cinta yang hadir di jiwa,,
tanpa dipaksa
hidup ini, tidak akan sempurna,
tanpa cinta dari Tuhan yang Esa..

Adam Hawa bercinta di syurga.. 
Angkara iblis, terpisah menderita..
Kerana cinta mereka setia,,, bertemu di dunia... "

Lamunan terhenti. Seakan baru tersedar dari mimpi yang indah, istighfar diulangi. Tangan terus menekan butang "shuffle" di papan kekunci dan seketika, terdengar lagu Atas Nama Cinta yang menjadi kegemaran,, lalu menyedarkan diri yang alpa seketika..

" Di atas nama cinta, pada yang selayaknya, 
Ku nafikan yang fana
Moga dalam hitungan setiap pengorbanan,
Akan disuluh cahaya, redhaNya...

Biar sendiri hingga hujung nyawa..
Asal tak sepi dari kasihNya..
Kerna sesungguhnya hakikat cinta, 
hanya Dia yang Esa.... "

Sejenak berfikir,, tentang sahabat-sahabat yang telah terjerumus ke dalam kancah percintaan.. Merenung kembali nasib mereka suatu hari nanti.. Apakah mereka akan berkahwin dengan cinta hati mereka..? jika ya, adakah mereka akan bahagia..? Atau jika tidak, apa yang akan terjadi kepada perasaan mereka yang terluka..? Apakah mereka akan melupakan semua itu dengan mudah dan tidak mengganggu emosi seharian mereka..? Tatkala itu, hati mula mengucapkan syukur kerana Dia masih melindungi hati ini dari mana-mana hamba Allah yang bernama lelaki.. Alhamdulillah :)


namun, bila dikatakan ujian,, terkadang hati ini sering meronta untuk menyayangi dan disayangi,, saya percaya bahawa pada usia remaja ini, semua sedang asyik mencari seseorang :) dan kini, harus kita pertahankan hati ini dengan duri-duri iman dan tembok-tembok takwa.. memang tak dapat dinafikan, begitu susah untuk kita mengelakkan diri daripada menyukai seseorang,, namun, adalah lebih baik untuk tidak meluahkan, hanya menyimpannya dan memohon petunjuk dan perlindungan daripadaNya.. Bukankah Dia lebih memahami..? 

Saya ingin mengingatkan semua orang, dan diri sendiri terutamanya,, untuk tidak mencampuri urusan Allah.. Jodoh kita, pertemuan kita, perpisahan kita, hidup dan mati kita semuanya urusan Allah.. Dia mengetahui yang terbaik untuk kita sebagai hambaNya, kerana Dia amat sayang akan kita semua :)) 

Seorang ukhti pernah berkata, katanya Jodoh itu urusan Allah, dan urusan kita hanyalah untuk beribadah dan memohon kepadaNya,, jadi, sekiranya kita berusaha untuk menjaga urusan kita denganNya dengan sebaik mungkin, sudah pasti Allah akan menguruskan urusanNya untuk kita dengan sempurna :) jadi, jagalah urusan kita, dan InsyaALLAH, Allah akan memberikan yang terbaik :)


akhir kata, jagalah hati kita, simpan perasaan itu dan mengadulah kepada Allah,, sesungguhnya Dia amat memahami, dan mohonlah petunjuk dan perlindungan yang terbaik buat kita sebagai hamba yang sesungguhnya tidak pasti akan urusan Allah terhadap kita :))

#faiqah, tolong-jaga-hati-awak.. cakap-saya-tak-suka-dia-setiap-hari-kalau-susah-sangat-doabanyak2, insyaALLAH dipermudahkan :))

Saturday, 12 October 2013

Muda : Masa Terbaik :))

Rasulullah s.a.w bersabda : "Rebutlah lima perkara, sebelum datangnya lima perkara. Pertama, sihat sebelum masa sakit. Kedua, kaya sebelum masa miskin. Ketiga, lapang sebelum masa sempit. Keempat, muda sebelum masa tua, dan kelima, masa hidup sebelum masa mati."
( Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi )

Satu perkara yang saya ingin kongsikan kepada semua,, mungkin ada dalam kalangan kita masih tak sedar atau pura-pura tidak menyedarkan diri..yang masa muda ini, masa terbaik buat kita :DD tak percaya? jom selongkar :DD



Jap, jap, jap ! Tahu tak ni masa terbaik untuk apa..? Haa,,,, sebenarnya muda ni saat terbaik untuk kita dekati Pencipta kita yang Maha Agung, iaitu Allah s.w.t :) umur di kala kita muda ini adalah umur yang paling sesuai untuk kita mengenal Allah, dan masa muda inilah anugerah yang paling bernilai dalam hidup sesorang mukmin yang mengimpikan syurga Allah s.w.t :)


namun, sayang sekali kerana kebanyakan daripada kita ( termasuk saya sendiri ) sering alpa dan tidak menggunakan nikmat masa muda yang Allah berikan ini dengan sebaik mungkin.. Ramai yang berkata, masa muda untuk enjoy, menikmati keindahan fatamorgana dunia,, dan ramai yang memilih untuk mula mendekatkan diri kepada Allah tatkala rambut sudah bertukar warna,, tatkala kedut di muka sudah menampakkan diri,, namun, kita ni dah konfem ke akan dapat capai tahap tu,, ingat ya akhowat, mati itu tak mengira usia,, kalau kita tak sempat macam mana..? Nauzubillah,, dan kalau kita sempat pun, dah masa tu Allah dah tarik sikit demi sikit keupayaan dan kemampuan kita,, agak2 larat lagi ke kita nak beribadah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh? patutkah, kita habiskan masa kita bertenaga dengan bersuka ria menikmati keindahan dunia, namun kita hanya berharap yang masa tua kita menjadi "back-up" kita untuk mengumpul amal soleh,, dan harapan tu belum pasti jadi kenyataan,, renungkan balik sahabat...


kata Ustazah Maisarah,, hidup manusia ini ibarat satu proses solat berjemaah.. Ibarat solat yang dimulai dengan laungan azan, hidup kita bermula dengan tangisan fitrah, tatkala baru hendak memulai langkah menuju sebuah kehidupan..dan ibarat waktu antara azan dan iqamah untuk menunaikan solat berjemaah, itulah masa muda kita yang sangat berharga namun begitu singkat..singkat tetapi berkat,, itulah perumpamaan masa muda..jadi, apa tunggu lagi? ayuh, perbaiki diri :)

Masa tua kita, ditentukan oleh masa muda kita kini.. ibarat bayi yang dititik beratkan dengan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat untuk menjamin kesihatannya hingga dewasa, begitulah hubungan kita dengan Allah yang perlu dijaga untuk menjadi mukmin soleh dan solehah, fid dunia wal aakhirah, insyaAllah :)


Saya teringat akan pesanan salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w, "Jika kamu berada pada waktu pagi, jangan pula kamu menunggu waktu petang.. dan jika kamu berada pada waktu petang, jangan pula kamu menunggu tibanya waktu pagi". Haa,, nak cakapnya, hargai masa yang kita ada sekarang..masa yang kita tunggu tak semestinya akan betul-betul wujud untuk kita.. betul takk ??

Cuba kita renungkan, kalaulah kita menggunakan masa yang kita ada ni dengan sepenuhnya, sudah tentu kita akan dapat buat semua kerja kita kan.. Allah kan Maha Adil :) 

"Seseorang yang beriman, tak pernah kenal erti tangguh. Mereka tahu akhirat itu ada, mereka tahu akhirat itu pasti, sebab itulah mereka sekarang sedang berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan.. Kita..? Ehem."

Kata Imam Shafi'e pula,,

" Aku hairan dengan masa yang semakin laju berputar,,, namun aku lebih hairan dengan manusia yang melalaikannya.. "

Haa,, seperti yang kita semua tahu, masa muda inilah, fizikal, mental, jiwa, dan rohani masih segar bak kuntuman mawar di taman :)) ingat sahabat, duniawi dan ukhrawi perlu dikejar seiring tau :DD 


tahu tak kawan-kawan, muda ini menjadi pilihan Allah dan Rasulullah :) tak caye..? tengok ni..
~ Allah menetapkan usia muda sebagai usia untuk ahli syurgaNya.. kalau taksilap 30tahun.. tengok,, betapa Allah memilih usia muda :)
~ Rasulullah pula menunjukkan yang baginda menyukai golongan muda.. Lihat sahaja, salah satu golongan yang akan mendapat naungan Arasy di akhirat kelak ialah PEMUDA yang takutkan Allah :)) 

haa, kan, excited takk ? jadi, macamana nak beribadah dengan cara terbaik pada usia muda ni ye agak-agak..?


haa,, salah satu caranya adalah dengan bersikap ihsan :DD ihsan tu maksudnya macam kita buat ibadah tak kira masa, di mana jua kita berada, dan kita pulak takut nak buat dosa, sebab kita sentiasa rasakan yang Allah sedang lihat kita :) mudah mudahan kita semua dapat ubah diri menjadi seorang yang bersifat ihsan, sikit demi sikit :) perubahan itu awesomeeee :DD

lagi satu,, kita boleh jugak bersifat takwa kepada Allah :) takwa tu maksudnya meninggalkan syirik kepada Allah dan melakukan amal ketaatan kepada Allah semata :) maknanya Amar Makruf Nahi Mungkar lah :)



"Kebaikan itu adalah akhlak yang mulia, dan dosa iu pula adalah apa yang meresahkan hati kamu"
-sabda Rasulullah s.a.w-

soo, sahabat :) , ingat, kita sepatutnya bina akhlak dari muda lagi :) selagi masih muda, selagi itulah nafsu mudah untuk dibentuk, selagi itulah hati mudah untuk menerima ilmu, selagi itulah, Islam mudah untuk ditegakkan :) mudah mudahan kita semua tergolong dalam golongan mereka yang memperoleh perlindungan dan rahmat Allah di dunia dan di akhirat, insyaAllah :)) 

"Allah kurniakan kekuatan sewaktu muda, sebelum berikan kelemahan pada waktu tua.."

Akhir kata, jadilah pemuda terbaik di dunia, jika ingin menjadi pemuda terbaik di akhirat :)) insyaAllah :)