Tuesday, 25 March 2014

Merekalah Segalanya :)

Mereka. Yang membesarkan, mengasuh, mendidik, menjaga dan menyayangi kita.
Mereka. Yang sentiasa berkorban, yang sentiasa setia, yang sentiasa ada untuk kita.
Mereka. Yang membiaskan kasih Sang Pencipta, yang memendam segala rasa, yang luaran sentiasa gembira walau hati terluka.



Siapa mereka..? Adakah mungkin ada insan lain yang menyumbang sehebat sumbangan mereka kepada kita?

Tidak. Takkan ada. Takkan pernah. Takkan sama. Merekalah segalanya. Salah satu tujuan utama kita diciptakan. Kasih Allah terbias pada kasih mereka. Redha Allah terbias pada redha mereka. Tolong, siapa sebenarnya mereka..???



Ibu Ayah. Ummi. Walid. Mama. Papa. Mummy. Abah. Mak. Pelbagai panggilan, namun semuanya hanya merujuk pada satu. Mereka. Mereka yang teristimewa. Itulah mereka..



Mama. Telah tertanam naluri keibuannya yang membara. Seorang insan yang mendambakan kebahagiaan anak-anaknya. Sanggup berkorban masa dan nyawa, hanya untuk menggilap sebutir permata keluarga. Seorang insan yang sangat penyayang. Sentiasa bersama kita tak kira apa yang melanda. Kudusnya kasih yang telah dihamparkan, bagaikan laut yang tak bertepian. Syurga terletak di bawah kakinya, membuktikan dialah segalanya.



Papa. Hidupnya telah dikorbankan, biarpun dirinya yang telah terkorban. Semata-mata untuk mencari rezeki, memastikan kita sentiasa mendapat keperluan yang secukupnya. Ketenangan yang selalu dipamerkan, bagaikan tiada keresahan di jiwa. Ketika diri dalam kehampaan, dialah yang mendakap penuh pengertian. Di saat diri dalam kedukaan, dia yang sentiasa mengajar erti kekuatan. Itulah bukti, bahawa dialah segalanya.



Kita..? Siapa kita..? Apa yang telah kita berikan kepada mereka..?
Tatkala disuruh, mengeluh kemalasan.
Tatkala ditegur, merajuk tak berkesudahan
Tatkala dimarah, dilawan dengan penuh rasa geram
Tatkala dinasihat, didengar secara acuh tak acuh sahaja


Harapan mereka supaya kita berjaya,
kita balasi dengan sia-siakan masa di sekolah
kita balasi dengan belajar secara sambil lewa
kita balasi dengan keputusan yang teruk.
Namun,, mereka tetap mereka,, menyayangi kita seadanya,,


Harapan mereka agar kita menjadi anak yang soleh solehah
Membanggakan mereka dengan akhlak terpuji yang mereka didik selama ini
kita balasi dengan memalukan mereka
kita balasi dengan berperangai buruk dengan orang lain
kita balasi dengan ingkar akan suruhan Sang Pencipta
sehingga mereka juga yang dipersalahkan,,
atas tuduhan tidak mendidik kita sebaiknya..
Namun,, mereka tetap mereka,, menyayangi kita seadanya..



Fikir sejenak, renung kembali,
apa tujuan hidup kita di dunia ini,
untuk Allah, Rasulullah, kemudian siapa..?

Muhasabah. Nangis. Jom. Berubah. :)

Sunday, 23 March 2014

Sahabatku, Cintaku :')

"Aku sayang mereka. Mengimpikan sebuah ukhuwwah persahabatan yang terbina atas dasar keimanan, hingga ke syurga."

Pasti impian ini, sudah lama tersemat dalam sekeping hati seorang sahabat yang cintakan sahabatnya kerana Allah semata. Namun, bagaimana aplikasinya?

Sekali lagi hati terubat apabila menyelami formula persahabatan berlandaskan keimanan oleh akh Hilal Asyraf :) mungkin sebelum ini, formula ini belum ku temui dan erti persahabatan yang hakiki, belum ku selami. Namun, doakanlah diri ini, untuk berubah ke arah yang lebih baik, demi sahabat yang aku sayangi, hari demi hari. Moga masih ada peluang buat diri ini, menjadi seorang yang boleh dipanggil sahabat, oleh seseorang.. Amin..


"Persahabatanku denganmu, adalah tanggungjawabku kepada Allah, dan begitulah sebaliknya. Setiap kebaikan dan kesalahan, semuanya diukur di neraca milik Allah. Secara automatiknya, aku tidak perlu bertarung hati untuk disakiti apabila memikirkan layanan buruk mereka. Itu semua tanggungjawab mereka terhadap Allah. Aku tidak layak menghitung walau secebis kesalahan mereka kepadaku. Kini tugasku, hanya satu. Sahabatku, aku ingin mencintaimu kerana Allah Taala dengan sepenuh hatiku, saling melindungi, saling menjaga, saling menasihati, dan berkorban kepadamu. Aku tidak akan peduli apa-apa, melainkan memenuhi tanggungjawabku kepadaNya.."


Mohon maaf andai sebelum ini, pernah aku menyakiti dan disakiti. Mohon maaf andai sebelum ini, aku kurang memahami perasaanmu. Mohon maaf andai sebelum ini, aku sentiasa terasa hati dengan sesiapa. Mohon maaf andai selama ini, aku sentiasa menerima namun jarang sekali memberi. Mohon maaf andai selama ini, kehadiranku menyusahkan sesiapa. Mohon maaf andai selama ini, aku tidak dapat menjadi seorang sahabat yang baik.

Hargai seorang sahabat. Jangan sia-siakannya. Jangan lukakan hatinya. Jangan hitung secebis kesalahan yang dia lakukan namun lihatlah sejuta kebaikannya pada kita. Jangan pertikaikan apa yang dia lakukan kepada kita, kerana semua itu adalah untuk mengajar kita menjadi hamba.

Banyak iktibar yang dapat aku kutip.. Benarlah kata orang, pengalaman itu adalah teguran yang terbaik,, namun selalunya, teguran itu datang terlalu lambat.. Doakan diri ini supaya mampu berubah menjadi seorang sahabat yang lebih pandai menjaga sahabatnya, bukannya menyakiti..

#andainya dapat aku memperbaharui persahabatan seperti Hilal Asyraf dan sahabatnya... akan ku lakukannya setiap hari...





Friday, 21 March 2014

Kerana Indahnya Hikmah Itu :)

Ujian. Bila didatangkan, barulah kita sibuk mencari Tuhan.
Memohon petunjuk dan pertolongan, dan menaruhkan harapan agar diampunkan dosa silam.



Manusia. Apabila didatangkan ujian, hanya tahu mengeluh dan merungut. Firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud,

"Sesungguhnya manusia diciptakan suka mengeluh. Apabila dia ditimpakan kesusahan dia berkeluh-kesah. Dan apabila mendapat kebaikan (harta), dia menjadi kikir."    
-surah Al-Ma'arij, ayat 19-21-



Kita kadangkala lupa akan janji Dia yang Maha Kuasa. Firman Allah dalam surah Al-Insyirah, ayat 5-6,

"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan"

Diulang dua kali. Di dalam surah yang sama. Tidakkah kita menyedari sesuatu, Allah telah menjanjikan kemudahan di setiap kesulitan yang Dia kirimkan kepada kita. Maka, kenapa kita, sebagai makhlukNya yang hina, yang hanya tahu meminta daripadaNya namun jarang sekali memberi, masih lagi mempersoalkan ketidakadilan Allah kerana menghantar ujian kepada kita?

Ujian itu datang diiringi dengan sejuta hikmah oleh Allah buat kita. Tidak percaya? Cuba kaji.


Adakalanya, Allah menghantar ujian bagi menguji tahap keimanan seseorang hambaNya. Maka, jika kita mengambil ujian itu dengan penuh tabah dan sabar, demi mengharapkan keredhaan Allah, bukankah kita telah mendapat hikmah yang begitu indah di dalam sebuah ujian itu?

Benteng iman kita terbukti kukuh, kesabaran kita terbukti kental, kehambaan kita terbukti wujud dengan penuh istiqamah, dan InsyaAllah, keredhaan Allah itu terbukti pasti. Indah kan? Wahai.

Subhanallah, kerana indahnya hikmah itu, menunjukkan betapa besar kasih sayang Allah kepada hambaNya yang sabar.



Adakalanya pula, Allah datangkan ujian untuk menyedarkan kita dari kealpaan. Menghapuskan kafarah-kafarah dosa yang lalu. Maka jika kita mampu mentafsir dan mengetahui keindahan hikmah di sebalik ujian itu, sudah tentu kita akan melafazkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah kerana masih sayangkan makhlukNya yang bersalut dosa ini. Masih sudi memperingatkan kita walaupun kita lupa kepadaNya.

"Agar Kami jadikan (peristiwa itu) sebagai peringatan bagi kamu, dan agar diperhatikan oleh telinga yang mahu mendengar " 
- surah Al-Haqqah, ayat 12 -

Subhanallah, kerana indahnya hikmah itu, sesiapa yang memperolehi ujian, takkan merungut, malah bersyukur !



  ''Segala takdir,, terimalah dengan hati terbuka,
      Walau tersiksa,, ada hikmahnya..
           Harus ada rasa bersyukur, di setiap kali ujian menjelma...
                Itu jelasnya membuktikan, Allah mengasihimu setiap masa...
                    Diuji tahap keimanan, sedangkan ramai lagi yang dilalaikan..
                         Hanya yang terpilih sahaja, antara berjuta mendapat rahmatNya.. "
                                               - Rahmat Ujian, Mestica -

Jom muhasabah, koreksi diri. Ujian sebagai sebuah hikmah yang sangat indah. Namun, apa kita bersyukur dengan kehadirannya, atau sebaliknya? Fikirkanlah seketika. Moga tabah dengan ujian dunia sementara :)

#6thMarch2014