Assalamualaikum w.b.t
Kali ini, hamba ingin mencoret tinta setelah menyedari satu
fakta..
PEREMPUAN PUNYA HATI MUDAH CAIR..!
That’s it. Perempuan, kalau lelaki tu buat baik kat dia,
automatic jatuh suka kat mamat tu. Tak faham kenapa tapi inilah lumrah hati
seorang perempuan yang SANGAT RAPUH... sangat setuju dengan perumpamaan tu..
hamba yang mencoret ni pun, kengkadang terleka seketika ke dunia khayalan bila
ada yang buat baik.. adoi,, keras kat luar tapi dalam hati ada taman pun bahaya
jugakkk !
So , kaum hawa kesayangan hamba...:)
Dah tahu kan kelemahan kita adalah hati yang diibaratkan
macam eskrem .. jadi, jom kita SAMA-SAMA menjaga hati kita daripada dicairkan..
patutnya hati kita ni dicairkan buat yang berhak sahaja... ya..?
Macamana nak jaga hati? Ayat hamba selalu berulang-ulang
rasanya.. mungkin dah ada topic ni dalam entry lain, tapi hambaa suka buat
entry lepas hamba tersedar dari kealpaan.. kadang2 memang kealpaan itu akan
kembali, tapi at least kita ingat yang kita selalu warned dengan benda2
cenggini kan..
Pada pendapat hamba dulu lah kan, nak jaga hati ni susah
sangat.. sejauh mana kita elak pun, kadang kadang hati kita selalu tercair ~~~
kalau sang adam tu buat baik dengan kita kan..? kita takleh nak salahkan mereka
atas kes ni, sebab takkan nak marah orang buat baik kat kita kan..?
Kadang kadang rasa menyampah sangat + nak bagi penumbuk je
kat mamat tu kalau dia buat baik kat kita sampai ter-c-a-i-r ... adoilah, kang
buat cenggitu tak pasal-pasal makan penampar mak ayah kang :P hamba tengah melalut, maaf dipinta ^_^
Mungkin caranya adalah, bagi respons biasa-biasa saje,, dan
terus kata terima kasih, kemudian blah dari situ kot... entahlah, hamba pun
baru nak praktikkan benda ni,, jom kita sama2 buat testimony :D
Tapi, apapun,,, selalulah berdoa kepada Pemilik Hati kita
semua, iaitu Allah s.w.t. supaya hati kita sentiasa dilindungi dari godaan
syaitan dan perkara-perkara yang sama waktu dengannya :D
Mudah mudahan kita semua dilindungi dan diberkati Allah, in
Sha Allah
nota kaki ; Hamba terfikir nak tukar cara penyampaian ,, rather than hamba yang selongkar internet cari points, lebih baik kita bermusyawarah dalam belog buruk ni kan,, at least adalah jugak saham pahala sikit bila pembaca lain baca.. so, jangan lupa kongsi idea di ruangan comment,, jom sama-sama cari pahala dan kongsi ilmu yang ada,, jazakillahu khairan khathiira :D, :D




