Wednesday, 26 November 2014

Cerpen : Terima Kasih Atas CintaMu

“Arghhhhhhhh !”

Percikan darah merah mengenai mukaku. 

Kelihatan sahabatku, Amili sedang menggelupur kesakitan akibat terkena peluru sesat yang dilepaskan oleh salah seorang daripada mereka. Kini, pengganas-pengganas itu memaparkan kekejaman mereka dengan menghala senapangnya ke arah penduduk yang lain lalu menembak sesiapa sahaja yang bernasib malang. Semua orang lari bertempiaran menyelamatkan diri tanpa menghiraukan orang lain di sekeliling mereka.

Aku terpaksa meninggalkan Amili yang semakin tidak berdaya. 

Ya, tiada sesiapa yang mampu membantu kami saat ini. 

Aku berlari sekuat hati mencari tempat perlindungan sambil memerhatikan pengganas-pengganas yang sedang berkeliaran, agak jauh dari tempat aku bersembunyi kini.

Aku harus pulang ke rumah dengan segera. Perasaan sedih, takut, gentar, dan hampir berputus asa menyelinap ke dalam hati menjadi satu. Memikirkan keadaan ibu, ayah dan adik-adik serta ahli keluarga yang lain di rumah menguatkan hati aku untuk terus berlari kencang tanpa menoleh ke kiri mahu pun ke kanan. 

Alhamdulillah, aku selamat tiba di rumah. Dengan terus menyelinap masuk melalui pintu belakang rumahku yang agak tersorok daripada pandangan pengganas-pengganas bersenjata itu, aku terus terduduk dan melepaskan sebuah keluhan berat. Airmata perlahan-lahan mengalir dari tubir mata yang semakin kuyu ini.

“Apakah dugaan ini dugaan terbesar yang terpaksa kami tempuhi di Kota Metropolitan ini? Apakah ini sebuah balasan yang Allah turunkan atas kejahilan dan kemungkaran yang telah dilakukan oleh hampir semua rakyat negara ini sejak bertahun-tahun dahulu lamanya?         
Ya Allah, tunjukilah aku jalan yang lurus..”, doaku sambil mengesat pelupuk mata yang masih bersisa dengan airmata.

Kota Metropolitan, dahulunya sebuah negara yang pesat meembangun, suasana yang aman dan damai, serta pelbagai kemudahan yang serba canggih dicipta di negara ini. Negara ini telah melahirkan ramai cendekiawan yang hebat di persada dunia. Kota Metropolitan, sebuah negara yang bebas perang, aman damai dan rakyatnya hidup dalam suasana yang harmoni walaupun berbilang bangsa. Semua rakyat di negara ini memeluk agama yang satu, iaitu Islam.

Namun, benarlah sabda Rasulullah s.a.w sebelum ini, 

Diriwayatkan daripada Thauban ra, bahawa Rasulullah SAW bersabda, 

"Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama."

Maka para sahabat r.a. pun bertanya, "Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat? "

Sabda Baginda SAW: "Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut."

Sahabat bertanya lagi, "Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?"

Jawab Rasulullah SAW, "Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al - Wahn."

Sahabat bertanya lagi, "Apakah itu al-Wahn?"

Rasulullah SAW bersabda: "Cintakan dunia dan takut akan kematian."


Pemuda-pemuda Islam di Kota Metropolitan ini khususnya, sentiasa melakukan kemungkaran kepada Allah s.w.t.  Mereka sangat jahil dalam melaksanakan hukum Allah, sehinggakan tiada lagi masjid dan tempat ibadah yang berdiri di bumi Kota Metropolitan ini. Semuanya sudah diruntuhkan dan dibinanya pusat-pusat hiburan di sana sini. Rakyat Kota Metropolitan hidup dalam keadaan mewah dan lupa akan tempat asal mereka iaitu di sisi Allah s.w.t.

Keharmonian negara ini tidak lama. Kedatangan pengganas-pengganas Barat yang cuba menakluk negara ini telah merobohkan keamanan negara ini. 

Rakyat diseksa dan ditindas. 

Ada yang dibunuh secara kejam.

Pemuda-pemuda dipenggal kepalanya hingga terpisah daripada badan.

Ibu-ibu yang mengandung ditembak berkali-kali di bahagian perut mereka, sehingga mengorbankan nyawa mereka dan kandungannya.

Kanak-kanak dan wanita diperkosa dengan rakus di hadapan ayah dan suami mereka sebelum dibunuh secara kejam.

Rumah-rumah diceroboh begitu sahaja dan ahli keluarga yang berada di dalam rumah tersebut, ditembak berkali-kali di bahagian kepala sehingga tiada lagi keluarga mereka yang hidup di rumah tersebut.

Suasana menjadi begitu seram dan kelam. 

Bunyi das tembakan di merata-rata tempat. 

Tumpahan darah menjadi hiasan di jalanan.

Mayat-mayat bergelimpangan di merata-rata tempat.

Airmata mengalir lesu, laju menuruni pipiku yang cengkung. Ya, tiada apa yang dapat membantu negaraku kini. Tiada lagi peralatan canggih yang dicipta. Tiada lagi pemimpin-pemimpin yang sanggup membela. Tiada lagi pasukan-pasukan yang mampu menjaga. Hanya mengharapkan Sang Pencipta untuk memberi sedikit pertolongan.

Masih berharap. 

Ya, aku masih ada Dia !

Tangisan adik kecil mematikan lamunan panjangku. Segera dilap airmata yang tidak henti-henti mengalir sebelum terus menapak dengan laju ke ruangan keluarga, tempat di mana ahli keluargaku berkumpul dan menyorok untuk keselamatan diri. Airmata yang cuba berhenti kembali mengalir apabila melihat ayah dan ibu memeluk adik-adikku dengan erat.

Di satu sudut, kelihatan datuk dan nenek tidur berpelukan, sepertinya mereka akan dipisahkan dengan kejam sebentar nanti. Airmata merembes keluar dari tubir mata masing-masing, menyebabkan airmataku semakin galak menuruni wajahku.

“Ibu, ayah, izinkan Along solat sebentar di bilik. Along ingin menyerahkan diri kepadaNya. Along ingin memohon keampunan bagi diri Along, keluarga kita juga bagi pihak seluruh rakyat negara ini, yang telah lama mengkhianati hukumNya serta melupai siapa itu Sang Pencipta. Izinkan sebentar, ya bu, ayah..”

Aku menundukkan pandangan ke lantai usang rumah kami kerana tidak sanggup melihat mata ibu yang memandang aku penuh kesayuan bersama kerutan kerisauan yang dipamerkan.

Namun, aku melangkah akhirnya setelah ayah menganggukkan kepalanya tanda bersetuju.

“Tindakan Along itu bahaya, nak. Pengganas-pengganas itu akan masuk ke rumah kita pada bila-bila masa sahaja. Ayah tidak mahu berjauhan dengan Along pada waktu itu.. Namun, jika itu sahaja dapat menenangkan hati Along, pergilah. Ayah izinkan.”

“Terima kasih, ayah, ibu. Along solat sekejap sahaja..”

Baru sahaja memakai pakaian solatku, terdengar jeritan ibu sayup-sayup kedengaran. Aku berlari keluar dan hampir gugur jantungku melihat senapang yang dihalakan tepat di kepala ayah.

Tanpa berfikir panjang, aku berlari sekuat hati ke arah pengganas tersebut dan cuba menghalangnya.
Dia mengalihkan senapangnya lalu menghalakannya tepat di kepala aku. Aku menutup mata dengan begitu rapat sambil berdoa agar Allah membantu aku dan keluarga.

Setelah lafaz dua kalimah syahadah dilafazkan,,
BANG!!!


“Allahu Akbar Allahu Akbar”
Aku bangun terduduk. Kedengaran suara bilal melaungkan azan di surau di belakang rumahku. 

Astaghfirullah, aku bermimpi rupanya tadi. Lafaz syukur diucapkan tidak henti-henti kerana mimpi tadi bukannya kenyataan. Kulihat jam di dinding. MasyaAllah, sudah masuk waktu Maghrib. Aku bergegas masuk ke dalam bilik air untuk mengambil wudhu’ lalu terus menunaikan solat Maghrib.

Selepas itu, dua rakaat solat sunat Taubat aku iringkan dengan sujud yang penuh syahdu.

Ya, mimpi tadi seolah-olah hidayah yang ingin Allah tunjukkan kepadaku. Mimpi tadi seolah-olah ingin membuktikan sesuatu.  

Aku hanya ada Dia ! Tiada yang kekal abadi di dunia ini. Semua ini hanya persinggahan sementara. 

Setiap yang hidup pasti akan merasai kematian dan kembali kepadaNya. 

Sang Pencipta hanya menghantar kita sebentar sahaja di dunia ini, untuk kita semua menjalani ujian keimanan dengan pelbagai cara tersendiri. Ada yang mampu melangkah dengan ujian keimanan ini, namun akhirnya tersungkur menyembah bumi keimanannya, sebelum mengadap Ilahi. Ada yang diselubungi kejahilan, namun akhirnya, Allah memberi cahaya hidayah sebelum Malaikat Maut datang menjemput.



Kita hanya mampu merancang, namun Allahlah sebaik-baik perancang. Hargai setiap hidayah yang Allah berikan. Solusi setiap ujian yang Allah timpakan. Renungi setiap kebaikan yang Allah tunjukkan. Teladani setiap keburukan yang Allah selitkan.

Sebaik mana pun kita, kita masih perlu memilih cara kematian kita. Doakan husnul khatimah, tidak menginginkan Suul Khatimah. Doakan mati dalam kebaikan, tidak menginginkan mati dalam keburukan.



Sama-sama muhasabah, InsyaAllah.

Yang benar,
Seorang hamba yang hina.

Saturday, 22 November 2014

Genggaman-Mu Menggenggamku

Kenapa hidup aku macam ni?
Kenapa aku dimasukkan dalam penjara ni?
Kenapa aku sering terkongkong? 
Kat rumah pun dikongkong, kat sini pun dikongkong..

Apa kes???



Ehem.
Assalamualaikum adik-adikku sayang :) taklupa juga buat sahabat sahabatku sayang
setelah sekian lama tidak meng'update' belog buruk kesayangan saya ini,
dah berhabuk, berdebu, dan bersarang labahlabah dah pun ehehe
namun,
entah kenapa saat ini, detik ini, jam ini
hati rasa tertarik ibarat magnet untuk mencoret tinta ini, khas untuk warga Bumi Ulul Albab kesayangan saya

apa yang ingin saya kongsikan kali ini?
apa yang ingin saya sampaikan kali ini?

tinta ini ditujukan khas buat adik adik, kakak kakak dan sahabat sahabat seperjuangan saya
yang merasakan ketentuan Allah ke atas diri mereka itu membebankan
moga tinta ini dapat menyuburkan kembali,
hati hati yang hampir layu menyembah bumi
InsyaAllah :)


Rungutan. 
Keluhan.
Desahan.
Kerutan.
Sering menjadi hiasan di bibir setiap kali kita disuruh melakukan sesuatu yang,,
seperti mengongkong kita semua.
Namun, pernah tak kita sekali sahaja,
berfikir sejenak dan merenung kembali.

Apa yang mereka dapat sekiranya aku mengikut peraturan?
Apa yang mereka dapat sekiranya aku menjadi baik?
Adakah mereka mendapat manfaat lebih daripada apa yang aku dapat?
Adakah mereka memperoleh ganjaran yang sangat lumayan?
Siapa yang sebenarnya mendapat keuntungan?



Tepuk dada tanya iman :)

Khas buat sahabat sahabat seperjuangan saya di MRSM Kota Putra
ingin saya kongsikan sejenak,
pahala dan manfaat yang kita dapat
dalam hanya sehari semalam
sekiranya kita mengikut segalanya yang telah diatur oleh mereka
untuk kita :)
hanya untuk kita :)



Okay. Apa tujuan kita ke sana?

Ya betul ! Kita nak tuntut ilmu :) 
cuba untuk teguk segala ilmu yang dicurahkan dan berharap agar ianya diredhai :)

tahu tak kawan kawan, ilmu tu ada baaaaaaaaaanyak jenis lah :)

1. ilmu duniawi - untuk jadikan kita seorang yang berjaya di dunia :) doktor yang profesional, mungkin? eheh

2. ilmu ukhrawi - untuk jadikan kita seorang yang berjaya di akhirat saaana :) seorang hamba yang diterima olehNya, sudah tentu itu matlamat kita ! bagaimana? konfem lah dengan beribadah banyakbanyak, amar makruf nahi mungkar insyaAllah :)

3. ilmu duniawi + ukhrawi :) - bagaimana tu?

haaa. dua dalam satu. jimat kos, masa, dan tenaga ehehe.
bagaimana?
dengan melatih diri kita dengan akhlak!

haaa, betul. Akhlak !


saya mengaku.
saya pun tidak berakhlak.
tapi kan.
jom sama sama try :)
best tau mencuba :)
ehehe

okay. kenapa akhlak boleh bagi ilmu duniawi + ukhrawi?

cuba kita try, campakbalik a.k.a throwback kehidupan kita sebagai seorang pelajar. kalau kita berakhlak...

*awan kepulkepul naik atas kepala

Seperti diarahkan, bangun pukul 5 pagi at least
*perempuan bersiap lama, so lagilaaaa hehe*
mandi bersiap siap ke surau terchenta.
sampai surau, tunai solat sunat 2 rakaat, pastu duduk mengaji jap, tunggu azan Subuh :)


sebab?

1#untuk kita pergi awal surau la. datang sebelum Subuh boleh buat solat sunat dua rakaat. MasyaAllah pahalanya..Rasulullah bersabda, solat yang paling baginda gemar ialah..? so simple je kan?

2#untuk kita dapat pahala sunat Rasulullah, mandi sebelum Subuh. untuk menyegarkan kita jugak pagi pagi

3#untuk kita takkena tulis nama dan kena denda. kenapa? cuba bayangkan, bangun pagi pagi, mulakan hari dengan denda. awwwww, confirm rosak seharian mood hari tu kan. :(

4#latih kita untuk bangun awal. Kat universiti nanti, atau bila dah kerja nanti, takdenye orang nak buat bising kejut kita Subuh. so, sementara ada rezeki, Allah nak tolong ni, apa kata gunakannya sebaik mungkin. barulah senang bila keluar Kopu nanti pun, solat Subuh jemaah *especially lelaki tak tinggal punya. Kata admire sangat Briged Al-Qassam. Nah apa lagi? hehe

_haa banyak lagi sebenarnya, tengok. bangun awal tu pun banyak dah manfaatnya. ;)

lepas Subuh, sambung mengaji.
Then ada breakfast kat Dewan Selera. Pastu bergegas ke rollcall.
Kena punctual nanti kena denda.
sharp 7.05pagi. ehehe.
terpacak kat barisan hadapan sekali.
mendengar setiap nasihat dan pengumuman yang diberikan.
Nasihat diterima dengan hati terbuka.


sebab?

1#punctual rollcall. nak kena bergegas bagai. sedar tak, benda ni sebenarnya melatih kita semua untuk menjaga masa. Keluar maktab nanti, masuk Universiti then dapat kerja, confirm anda seorang yang sangat menjaga masa :D cayaaaalah :) *melentur buluh biarlah dari rebungnya

2#nasihat diterima dengan terbuka. Dalam hidup kita ni, tak semestinya kita je betul. Kita bukan malaikat. Kita bukan robot. Kita bukan maksum. Kita pendosa. Ya, sentiasa berdosa. Sentiasa buat salah. Jadi, apabila diberi nasihat, seego mana pun hati kita, cubalah terima dengan hati yang terbuka.

haa, ada dua petua semasa menerima nasihat supaya kita dengan lembut hati menerima. hehe.

1. jangan sesekali tengok siapa yang memberi nasihat atau teguran. Hatta seorang penzina menasihati dirimu agar tidak berzina, jangan pandang dia sebagai seorang penzina. Just terima je, dan muhasabah diri kita balik.



2. cuba buka hati seluas luasnya ketika menerima teguran atau nasihat. memang kita susah nak terima hakikat yang kita salah, tapi hakikatnya kita tak sentiasa betul. Cuba muhasabah balik.



kata ustaz saya, orang yang melakukan kemungkaran sedangkan dirinya sedar perbuatan itu salah, itu adalah kerana hatinya sudah keras dan hitam, takdapat diselamatkan lagi.

Saya tahu sahabat sahabat saya semua masih mempunyai hati yang tulus. Semua manusia fitrahnya adalah baik. Kita sekarang sedang berusaha untuk kembali kepada fitrah. Chaiyyok chaiyyok !

kemudian,, apaalagi.
jom belajar sama sama di kelas masing masing :D
ohyeah :D
tajdid niat semasa melangkah ke kelas.
insyaAllah seharian hari tu kita akan rasa seronok nak belajar semua perkara baru daripada cikgu cikgu kesayangan kitaaaa :D


kemudian, tengahari kita semua akan dilepaskan untuk rehat tengahari.
Setelah penat memerah otak tanpa henti
  *stop kejap rehat pagi tapi apalaa sangat kan 
kita diberi masa untuk makan, solat Zuhur berjemaah kemudian Qailullah seketika sebelum menyambung proses mencerna segala ilmu yang ada :D

jadi, apa lagi, makan cepat cepat dan terus ke surau. kenapa?

1# Supaya dapat solat berjemaah bersama sama :) cuba kita kutip ketenangan seketika setelah bercelarunya otak seharian kerana study :)

2# Supaya dapat tidur qailullah dengan selesa. Tidur qailullah itu sunnah Rasulullah ye kawan kawan. 

Rasulullah s.a.w pun Qailullah sebagai persediaan untuk Tahajjud pada malam hari.
Kita pun perlu "refill" balik battery kita yang semakin low pada saat itu :)
so, tidur lah masa tu ye jangan lah kita berborak pula, bukan sahaja kita yang semakin penat kerana kehabisan air liur, tetapi juga mengganggu ketenteraman sejagat ye :)

okay sekarang mesti tengah muhasabah kan kejap? harap harap nya begitulah. :)

*tangandidagu, matapandangatas

macam ni lah. takkan nak kena list kan for the whole day kita hidup kat Kopu,
sebab I know that semua orang ada rutin masingmasing kan :)
ada yang spend time bagi kucing makan, ada yang spend time lawat loji setiap hari, banyak lagi lahh
sooo, apa kata cuba

1 : Duduk sebentar.. :)
2 : Fikir sejenak... :)
3 : Muhasabah sedetik... :)

Peraturan diciptakan bukan untuk dilanggar. Tetapi untuk dipatuhi.
Kenapa?

*bisikbisikdalamhati

Tak, tak
Peraturan tercipta untuk kita. Untuk mendidik kita.

*tepisbaliktepisbalik

Bersyukurlah kerana diberi peluang berada di bumi Kota Putra :)
Mereka dah sediakan jadual yang terbaik untuk kita :)
Bersyukurlah :)



akhir kalam,
apa kata
kita semua mulakan hidup yang baru di Bumi Ulul Albab
dengan mencipta kenangan kenangan yang manis di sana,
bukan dengan mencoret kenangan pahit yang takdapat kita lupakan :)

sekian, harap maaf atas segala keterlanjuran kata.
may Allah bless all of us :)

Yang benar,
Seorang insan hina.