Thursday, 26 December 2013

AL-AMIN : Kaya Tetapi Kufur..?

Assalamualaikum w.b.t :)
after a long period of time, tak update entry,,
kali ni nak story tentang salah seorang sahabat Rasulullah yang harus kita jadikan teladan, pengajaran buat diri yang memang selalu lupa ini..

kisah ni saya dengar di tempat saya menuntut ilmu duniawi dan ukhrawi selama sebulan iaitu di Pusat Bimbingan Ilmu Masjid Al - Amin :) memang banyak sangat ilmu yang saya perolehi,, dan insyaAllah ilmu yang berguna ini akan disebarkan supaya murabbi-murabbi saya di sana mendapat syafaat, insyaAllah :)


hmm,, ayuh kita semua habiskan sedikit masa untuk menyelami kisah seorang sahabat Rasulullah yang telah menjadi kufur setelah mengecapi kekayaan,, moga kita semua mengambil pengajarannya :)


Suatu hari Rasulullah s.a.w sedang bersolat bersama para sahabat Baginda. Di antara deretan sahabat di belakang Rasulullah, kelihatan seorang yang kusut masai rambutnya dengan berpakaian sangat lusuh. Ia dikenali sebagai seorang sahabat yang tekun beribadah.

Setelah menyelesaikan solat, sahabat yang berpakaian lusuh itu segera bergerak pulang tanpa membaca wirid dan berdoa terlebih dahulu. Lalu Rasulullah s.a.w menegurnya : "Tsa'labah! Mengapa engkau tergesa-gesa pulang. Tidakkah engkau berdoa terlebih dahulu. Bukankah tergesa-gesa keluar dari masjid adalah orang-orang yang munafik?"

Tsa'labah menghentikan langkahnya. Beliau sangat malu keranan ditegur oleh Rasulullah s.a.w, maka terpaksalah dia berterus terang kepada Rasulullah, kami hanya memiliki sepasang pakaian untuk solat dan ketika ini isteriku di rumah belum merana menunggu pakaian yang aku kenakan ini. Pakaian yang hanya sepasang ini kami gunakan untuk solat secara bergantian. Kami sangat miskin. Jika engkau berkenan, doakanlah agar Allah menghilangkan semua kemiskinan kami ini dan memberi rezeki yang banyak."

Pada mulanya Rasulullah s.a.w menolak permintaan tersebut sambil menasihati Tsa'labah agar meniru kehidupan Baginda sahaja. Namun Tsa'labah terus mendesak beberapa kali. Akhirnya dia mengemukakan alasan yang sering kita dengar :"Ya Rasulullah, bukankah kalau Allah memberikan kekayaan kepadaku, maka aku dapat memberikan kepada setiap orang haknya?"

Rasulullah s.a.w akhirnya mendoakan Tsa'labah. Kemudian Rasulullah s.a.w memberikan kambing betina yang sedang bunting kepada Tsa'labah :"Peliharalah kambing ini baik-baik", pesan Rasulullah. Ternakannya mula berkembang biak sehingga dia terpaksa membina ladang ternakan yang agak jauh dari Madinah. Seperti yang diduga, setiap hari dia sibuk menguruskan ternakannya. Lama-kelamaan, dia tidak lagi menghadiri solat berjemaah bersama Rasulullah s.a.w di siang hari.

Hari-hari seterusnya, ternakannya semakin membiak, sehingga semakin sibuk pula Tsa'labah mengurusnya. Kini, dia tidak dapat lagi berjemaah bersama Rasulullah s.a.w. Bahkan menghadiri solat Jumaat dan solat jenazah pun tidak dapat dilakukannya lagi.

Ketika turun perintah zakat, Rasulullah s.a.w memerintahkan dua orang sahabat untuk mengambil zakat daripada Tsa'labah. Sayangnya, Tsa'labah menolak utusan Nabi itu. Ketika utusan Nabi datang melaporkan masalah Tsa'labah ini, Nabi menyambutnya dengan ucapan Baginda : "Celakalah Tsa'labah!". Astaghfirullah,, Rasulullah s.a.w murka, Allah s.w.t pun murka!

Ketika itu turunlah ayat Al-Quran dari Surah At-Taubah ayat 75-78 :"Dan di antara mereka ada yang telah berikrar kepada Allah :"Sesungguhnya jika Allah memberikan sebahagian kurniaNya kepada kami, pastilah kami akan bersedekah dan pastilah kami termasuk orang-orang yang soleh."

"Maka setelah Allah memberikan kepada mereka sebahagian dari kurniaNya, mereka kikir dengan kurnia itu, dan berpaling, dan mereka memanglah orang-orang yang selalu membelakangi (kebenaran)."

"Maka Allah menimbulkan kemunafikan dalam hati mereka sampai pada waktu mereka menemui Allah, kerana mereka telah memungkiri terhadap Allah apa yang telah mereka ikrarkan kepadaNya dan (juga) kerana mereka telah berdusta."

"Tidaklah mereka tahu bahawasanya Allah mengetahui rahsia dan bisikan mereka, dan bahawasanya Allah mengetahui yang ghaib?"

Tsa'labah mendengar ada ayat turun mengecam dirinya, dia mulai ketakutan. Segera dia menemui Rasulullah s.a.w sambil menyerahkan zakatnya. Tetapi Rasulullah s.a.w menolaknya :"Allah melarang aku menerimanya." Rasulullah s.a.w mengambil segenggam tanah lalu ditaburkan atas kepala Tsa'labah :"Inilah perumpamaan amalanmu selama ini, sia-sia belaka. Aku telah perintahkan agar engkau menyerahkan zakat tetapi engkau menolak, celakalah engkau Tsa'labah". 

Tsa'labah menangis tersedu-sedu. Setelah Rasulullah s.a.w wafat, Tsa'labah menyerahkan zakatnya kepada Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a., kemudian Saidina Umar Al-Khattab r.a., tetapi kedua Khalifah itu menolaknya. Tsa'labah akhirnya meninggal dunia pada masa pemerintahan Saidina Uthman bin Affan r.a.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w : "Bersedekahlah, dan jangan tunggu satu hari nanti di saat engkau ingin bersedekah tetapi orang miskin menolakmu dan mengatakan, "Kami tidak memerlukan wangmu, yang kami perlukan adalah darahmu!"



Di manakah Tsa'labah sekarang? Jangan-jangan kitalah Tsa'labah-Tsa'labah baru yang mulanya dengan linangan air mata memohon agar rezeki Allah turun kepada kita, dan apabila rezeki itu diterima, dengan sombongnya akhirnya kita lupakan kemurahan Allah s.w.t.


Apakah mungkin kitalah Tsa'labah? Nauzubillah.. Mungkin tidak, InsyaAllah :)
Tetapi yang nyata,, 
Tsa'labah masih hidup dan 'mazhab'nya masih popular hingga kini..
Mudah mudahan kita semua dilindungi Allah dari sifat yang dimurkaiNya ini... :)

Wednesday, 20 November 2013

Teguran, Bagaimana Menanganinya :)

#special thanks to Akhi Hilal Asyraf for the meaningful ideas about this in 'Batu-Bata Kehidupan' :)

Apabila datangnya satu teguran,,,
akan ada tiga jenis kumpulan...

Pertama, kumpulan yang akan menerima teguran itu. Walaupun mereka bukanlah pesalah yang sepatutnya menerima teguran, namun mereka akan ambil khasiatnya.

Kedua, kumpulan yang tidak kisah langsung. Walaupun pada hakikatnya mereka sudah terkena 'tamparan' daripada teguran tersebut, namun lagaknya macam tidak ada kena-mengena langsung dengan teguran tersebut.

Ketiga, kumpulan yang akan membaling teguran itu ke arah lain dan akan 'menembak' si penegur pula. Contoh, apabila seorang pengawas ditegur, dia lantas berkata, "Eh, pelajar biasa lagi teruk. Kenapa tidak ditegur mereka dahulu..?"


Okay, sekarang, cuba muhasabah..siapakah kita..?
Di mana kita semua berada..?
Terasa tak pipi tibatiba rasa pijar. Eheh.

Akh Hilal Asyraf, memfokuskan artikel beliau dalam buku motivasi " Batu- Bata Kehidupan", dengan golongan yang ketiga, bagaimana mereka sepatutnya mengambil teguran yang dilontarkan.

Peringatan Itu Baik Buat Mukmin :)

Allah s.w.t menggesa orang beriman untuk memberi peringatan.
Dan, sebagai seorang yang beriman, sepatutnya kita lebih terbuka untuk menerima teguran.
Memandang kepada teguran itu sebagai sebuah penambahbaikan untuk diri kita yang sememangnya tak pernah perfect. Walaupun bukan ditujukan untuk dirinya.
 Ini kan pula kalau memang di'aim'kan tepat mengenai hidung dirinya.
Ingat, kata Akhi Hilal Asyraf, jika kita orang beriman, setiap teguran pasti ada manfaatnya. 



Apabila Teguran Datang....

Apabila teguran datang menyentuh kita, apa perkara pertama perlu kita buat?
Ya, kita perlu bertenang. Cuba nilai kembali apa yang ditegur.
Apakah benar teguran yang dilontarkan?
Jika benar, terimalah teguran itu dengan rasa rendah hati, dan bergerak melakukan perubahan positif.
 Itu lebih indah kan, berbanding melenting tak menentu, siapa pun tidak mendapat faedahnya, kecuali nafsu kita yang bersorak riang, kerana berjaya melepaskan perasaan marah dan malu yang meluap dalam dada.


Namun, jika teguran itu sebenarnya 'salah parking'?
Nak melenting? Nak hentam balik si penegur?

Toleh ke kanan dan ke kiri lajulaju :)

Jika kita beriman, maka walaupun teguran itu 'salah parking' , kita akan fikir bahwa ianya mesti memberi manfaat kepada kita walaupun sedikit.


Hikmah is everywhere, kan? Percayalah, Allah takkan takdirkan penegur tu salah parking kalau takde hikmahnya... :)


Kenapa Lontar Teguran Ke Arah Lain..?

Ya, lontarkan teguran kepada orang lain.
Itu yang kita lakukan apabila ada teguran yang datang menyentuh kita, dalam keadaan kita berasa diri kita 'lebih bagus' daripada orang lain.


 Contohnya, Akhi Hilal Asyraf pernah share kisahnya di dalam buku karyanya, tentang apabila datang teguran kepada yang memakai tudung singkat/jarang, mereka pastinya akan berkata, "Masih ramai yang tidak menutup aurat. Akhi baik pergi nasihat mereka dahulu sebelum datang menasihati kami.."

Persoalannya, adakah yang tidak menutup aurat itu, tidak dinasihati oleh beliau? sudah tentu ya :)

Perasan tak, teguran itu datang kerana si pemakai tudung tadi merupakan salah satu 'ikon' kepada masyarakat dalam hal menutup aurat, bahkan boleh menjadi 'penarik' kepada yang tidak menutup aurat kepada mula menutup aurat.

Kalau mereka yang memakai tudung ini pun tak memenuhi syarat sebenar dalam Islam, bagaimana mahu dicontohi mereka yang tidak diberi hidayah lagi untuk menutup aurat..? Boleh jadi mereka akan menjadi 'penghadang' untuk mereka yang berniat untuk menutup aurat. Mereka akan berkata begini, "Alah, yang pakai tudung pun nampak leher, baik takpayah pakai terus". Nampak?

Mata rasa macam masuk habuk je..

Terbuka Dengan Teguran.. :D

Apabila orang menegur, kita lihat dahulu tegurannya. Memang bukan semua teguran kita terima sahaja. Namun, tidak perlulah bising pun sekiranya teguran itu bukan sepatutnya diberikan kepada kita.

Contoh, sekiranya anda dituduh mencuri, sedangkan anda tidak.

"Anta silap rasanya, ana tak mencuri. Tapi, terima kasih atas teguran itu :) "

Apa salahnya? Tapi kalau tak bersangkut-paut dengan maruah, kalau tersilap pun, apa kurangnya kalau kita diamkan sahaja dan mengambil manfaat?

Lebih-lebih lagi kalau teguran itu memang kena pada batang hidung kita.

Kenapa pula nak menghalakan teguran itu kepada orang lain?

Bagaimana agaknya kita hendak mengambil pengajaran..?

Moga kita semua dapat menerima teguran yang diberi dengan hati yang terbuka selepas ini, insyaAllah :)

credits to Akh Hilal Asyraf :D 

Thursday, 14 November 2013

Jangan Jadikan Ia ISTIDRAJ

wang ringgit...?

harta benda..?

kesenangan dunia...?

Adakah anda rasa, Allah beri ini semua kerana Dia sayangkan anda..?
Cuba kita renungkan kembali.. 

"Dia tu, siang malam pagi petang asyik ke masjid aje,, tapi basikal pun tak mampu dibelinya.. Lihatlah aku, trip ke kelab malam every night punn, naik kereta mewah, apa..? Tak payahlah nak beribadat sangat, rezeki Tuhan tu melimpah-ruah,, Kalaulah dia buat ibadah sikit je, tentu dia pun ada masa lebih untuk dapat semua kesenangan ni,,", kata hati dengan penuh angkuh dan sombong.

gambar hiasan
Inilah dia, manusia Istidraj, manusia yang sememangnya lupa daratan !
Mereka lupa, siapa Pencipta mereka. 
Mereka lupa, siapa yang memberi semua itu kepada mereka.
Mereka lupa, bahawa mereka ini adalah hamba yang hina.


Walaupun sedang melakukan maksiat, mereka merasakan Allah masih menyayangi mereka, dengan mengurniakan segala kebahagiaan dan kesenangan. Dan tidak cukup dengan itu, mereka malah memperkecilkan orang yang beramal kepadaNya.. *astaghfirullah

Eheh. Saudara, tak terasa ke, satu fakta di sini ialah, sebenarnya, 
kadang-kadang, Allah mengurniakan kita dengan nikmat yang tidak berhenti,
dengan tujuan.....

untuk menguji kita...



Adeh. Terasa pijar pipi. 

Lihat, Rasulullah s.a.w juga pernah bersabda, "Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambaNya yang selalu membuat maksiat ( durhaka ), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah S.W.T" ( Riwayat At- Tabrani, Ahmad & Al - Baihaqi )

nota kaki : Istidraj bermaksud pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberianNya itu tidak diredhai.. 

*Gulp

Lihat pula contoh ini. Firaun. Nikmatnya tak terkira banyaknya. Tidak pernah sakit, bersin pun tidak kerana Allah kurniakannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak. Orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati jugak, sampai rasa angkuh dan bangga diri lantas mengaku dirinya Tuhan. Tetapi,,, dengan nikmat itu jugalah Allah membinasakannya... 

Mahukah kita menjadi Firaun Junior abad ini..?



Mata tiba-tiba rasa panas.

Haa, mesti semua blurr, kan,, apa kaitannya dengan kita sebagai students ?
Cuba kita fikir balik,



adakah...Allah bagi kita result gempak tu, menunjukkan Allah sayang kita...?
dan adakah,,, result yang tak berapa nak "boom" tu,, menunjukkan Allah taksuka kita..?

Angkat jari telunjuk. Gerakkan ke kiri, ke kanan dan ke kiri sekali lagi. Haa cenggituu

Dapatkah anda "detect" apa yang saya cuba nak kasi tahu ni..?


Okay-okay, cuba bandingkan,,
pelajar A yang buat macam-macam perangai, takhormat murabbi, ponteng kelas, tak ikut peraturan, tapi dapat result yang class gituhhh 
pelajar B yang study bukan main lagi, jalan tunduk je depan ostad ostazah, bangun tahajjud, akhlak mantop,,tapi result hampehh...
mana yang lagi baik, ? mana yang menjadi pilihan anda..?

#muka blur macam malas nak pikir je....

kadangkala, Allah simpan kejayaan buat kita sebab Dia akan kasi yang lagi superr nanti, bila kita betul-betul memerlukan.. dan kadangkala,, kejayaan sementara itu hanyalah sebagai kayu ukur, adakah individu itu bersyukur atau tidak dengan nikmat yang diperoleh,,,lagi teruk kalau individu tersebut bukan sahaja tak bersyukur, bahkan telah menukar nikmat Allah itu totalnya menjadi Istidraj.. *nauzubillah...

Lagipun, sabarlah, bagi mereka yang berusaha,, bukankah Allah dah menjanjikan ganjaran buat mereka yang berusaha..? dan bukankah Allah memberi ujian sebagai bukti chenta  Dia kepada kita ?
*sedangkan Nabi Muhammad s.a.w kekasihNya juga diuji dengan seberat-berat ujian....



Nanges. Sambil Senyum. Wahai.

Jadi, ingatlah, hidup kita hanya untuk mencari keredhaan Allah.
 Kata Akhi Hilal Asyraf, hidup ini adalah satu kembara.. Kembara mencari sinar cahaya.. 
Namun, bagaimana untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah?



 Seseorang akan dapat menyedari hakikat sebenar tentang nikmat yang diterimanya itu apabila dia bersyukur dengannya. Dia juga akan menggunakan nikmat itu ke jalan kebaikan dan sentiasa redha, ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka, lengkaplah kehidupan kita dalam pencarian redha Allah yang menjadi idaman para mujahidin. 

Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang-orang yang bersyukur :)

#credits to : http://peribadirasulullah.wordpress.com/2009/08/15/maksud-istidraj/



Wednesday, 13 November 2013

Ukhti Fillah, Bimbingi Aku...?

beep,,, beep,, *bunyi mesej masuk..
masa tu, tengah syiok layan buku Akhi Hilal Asyraf,
 "Langit Ilahi 2 : Kembara Hamba Mencari Cahaya"  
*best sangat buku ni,, tiap kali dilanda ujian atau konfius tentang apa yang berlaku di sekeliling, bukak buku ni, mesti bab yang akan dibaca tu ada kaitan dengan masalah tuu,, waahhh, macam dah tertulis jee,, hehehe

Jeling phone Nokia basic kesayangan.
 Tertera " 1 Message Received"

bukak password. baca mesej. kelip mata dua kali, tak percaya... kelip mata lagi, tak percaya lagi,, *mimpikah aku...?

Tak, Faiqah. Kau tak mimpi. Alhamdulillah ya Allah :D akhirnya..! 
# errr,, akhirnya apa...? :O

From : Sahabatku yang comel
Content : "Salam Faiqah, aku ada benda nak bagitau mu ni. Sebenarnya, aku..aku tergerak hati nak bertudung balik la Faiqah... Boleh mu tolong aku..?"


Senyum sampai ke telinga. Alhamdulillah, ya Allah, terima kasih, Kau bukakan pintu hatinya untuk berubah :)
Terus laju membalas mesejnya.

To : Sahabatku yang comel
Content : "Wasalam, Alhamdulillah, baguslah kalau macam tu :D happynya saya dengar :) bolehh sangat, awak. I'll help you :)Jom kita ziarah Al-Amin tahun ni. Awak tahu kan tempat tu..? Yang saya selalu cerita tu. Kita jumpa kat sana. Moga Allah merahmatimu sahabat :)"


"Message Sent". Alhamdulillah. Tak sampai satu minit suku, dia membalas.

From : Sahabatku yang comel
Content : "InsyaAllah Faiqah. Terima kasih sangat-sangat. Kita jumpa kat sana ye. "

wahwahwaaaahh.. happynya !!
terkenang kembali zaman "jahiliyyah"ku dahulu,,
tatkala itu, kami bersahabat, hingga kini, alhamdulillah :)
kami selalu bermain bersama, belajar dalam kelas yang sama, makan di kantin yang sama,,
namun b=apabila kami berpisah untuk ke sekolah menengah yang berlainan, aku terkilan bila buka akaun "facebook"nya...

gambar hiasan :)


dia dah B.E.R.U.B.A.H...
Terkejut bukan main lagi bila tengok gambar-gambarnya...
"Sahabat, kenapa kini kamu dah "free-hair"..? Ya Allah, bukakanlah pintu hatinya...
hanya doa yang dapat kukirimkan kepadanya selain mencuba untuk memberi nasihat yang berhikmah setiap kali berjumpa.. mujurlah, bilamana kami berjumpa, pasti dia memakai hijab, 
ya, aku tahu. dia menghormati aku. alhamdulillah, masih ada secebis niat di hatinya untuk berjilbab :)

dan kini, setelah menerima mesej daripadanya,, aku dapat lihat perubahannya..
di laman sesawang facebook, gambar-gambarnya sudah mula menutupi makhotanya yang bernilai..
Alhamdulillah :)



perasaanku kini, tidak sabar untuk ke Al-Amin pada minggu hadapan :D
selain ingin P.U.S.H diri dengan hafaz lagi 4 juzu' untuk capai target khatam birthday mama nanti *shhhhhhhh, jangan kasi tahu dia tauu XD suprise :)

taksabar rasanya nak bantu beberapa orang termasuk "sahabatku yang comel" untuk berubah ke arah yang lebih baik.. akan ku bawa koleksi Akhi Hilal Asyraf untuk dijadikan panduan..
moga-moga dengan bantuan ini, dapat juga bantu diri yang kerdil ini mencari keredhaanNya..
moga ianya dapat mengukuhkan semangat dalam diri untuk terus berjuang fisabilillah, insyaAllah :)

#doakanyangterbaiktauu :D

that's all. thanks for reading. please, do comment. :D you'll help me in improving myself :) jazakillahu khairan khathiira :D

Sunday, 10 November 2013

Gastric OhYeahh Part II

Assalamualaikum :D
tujuan asal : tengah takde mood, so nak update blog pun tara ada idea osem nak taruk,,

talking about Mr. Gastric, he came in a very worse way masa kem hafazan baru ni..
bukan apa, dah lamasangat tak muntah sebab gastric
selama ini punn,, paling teruk gastric kat maktab ialah,,
tak boleh berdiri tegak, peluh sejuk, dan the last thing was terguling-guling atas katil


but all of sudden, masa kem baru ni,, Mr. Gastric mula nak bermanja agaknya....
nak kata takmakan,, makan jee...
tapi tu lah kann,, mulut kata takpedas pun, tapi perut takleh terima,, susah jugakk..
tengah sakit gastric tu,, alhamdulillah dapat ceramah kesihatan free oleh Ust Adzli..
Beliau pun gastric jugak,,
dan bila dengar "ceramah" tu, baru sedar yang sebenarnya kena banyak pantang..
ust adzli kata beliau banyak pantang bab-bab makan nii,, takut kena gastric..
masa tu, dalam hati *waaaa, aku takpernah pantang apa-apa pun,, haha
#sabar je la

antara points yang dapat tangkap masa dengar tu, adalah
> takleh makan makanan pedas.. ( yang ni memang tau dah,, tapi kadang2 buat taktau jee )
>takleh makan makanan masam.. ( yang ni walaupon tahu, tapi buat muka blurr je bila teringin nak makan tu )
>takleh makan makanan bersusu *susu pekat manis.. ( takpayah cakap la, takpernah avoid punn )
>kena jaga waktu makan.. ( still try nak jaga,, kadang2 tak terjaga jugakk )
>jangan biar perut kosong.. ( biskut ada sokmo sepeket dalam poket, alhamdulillah )
and soo onn :D

pastu, Ust Adzli dengan baikhati sekali bagi ubat gastric yang kunyah dan telan,,
me, dalam hati masa tuu.. *alamak, selama ni aku gastric, tahan jee,, takpernah kunyah lagi benda alah nii
tapi demi menjaga hati ustaz,, ambik la jugak...


pagi tu, masa makan pagi,, sahabatku sayang *Hanim telah menyuruh slash memaksa untuk makan ubat....
makan la ubat tu, for the first time :)
makan sekali ubat telan yang ust adzli bagi tuu,, takpernah tengok pun ubat tu,,, takut la jugak mula2,,

lepas makan pagi, kelas tasmi' bersambung... tengah nak start ngafal,, tiba-tiba Mr. Gastric buat bunyi,,
rasa loya sangat,, cepat-cepat minta dengan ust nak pergi tandas...
turun tandas,, dah mula rasa lain macam... aduih... terus minta tolong sapentah panggilkan hanim suh bawak turun air mineral..
dan setelah hanim turun,, seperti yang dijangka..........


aduihh,, rasa nak pitam pun adaa masa tu,, pastu kebetulan ada dua budak laki *ungku ngan irsyad
nampak kejadian yang dramatik sikit tu,,
setelah tumpang bertanya,, rasanya lah mereka yang bagitau ustaz najaha yang kebetulan ada kat situ ( kot )
ustaz terus bawak gi dewan makan,, bagi kuih sepinggan dengan air nescafe susu
makan sikit je, yang lain terima kasih kepada hanim kerana menghabiskann :D

lepas tu ustaz suruh makan ubat,, *takmakan pun,, hehe
naik ke kelas balik,,, dah lembik sangat masa tu sebab muntah.. sabar jela,,
and the life passed like nothing happened :)



buatbodoh je dengan Mr. Gastric,, layan sangat mengada pulak jadinya..
lunch, makan sikit sangat sebab loya lagi..
dan congratulations for me sebab tak pergi solat Zuhur berjemaah,, sebab taklarat masa tu..
tengah baring,, lepas je solat kat bilik,, tibatiba rasa lain macam *sekali lagi -.-''
lari masuk tandas,, and again...........



mula-mula ingat taknak join tasmi' petang tu.. tapi memikirkan baru 1 page tasmi' hari tu...
melangkah jugakk..
and here comes ADDA,, my loving and caring friend :DD
dia paksa suh rehat,, tapi hehe,, *degil
kataku " la, baru dua kali muntah, rileks la adda "
katanya, " dua kali BARU..? bla..bla..bla.... *bebel :)
#ohhsayangnya adda :)
berkejarlah si dia ke bilim ustzh Wan Zaleha, amek Gaviscon yang sangat sedapp tu :)


kemudian lepas kalut cari air mineral sebotol yang tiba2 taktahu nak cekau kat mana,
berlakulah aksi suap-menyuap ubat :D
thankssssss adda :D you're too sweet for me :D loveyouu :)


lepas siap makan ubat, naik balik ke kelas tasmi' ,, and semua orang suruh tidur kat atas pentas tu,,
*ada ke patut :)
sabar je la :D alhamdulillah dapat tasmi' petng tu, walaupun tengah loya :D

petang tu, ada team building *buat menara impian..
still join the group, rasa dah boleh bertahan,, and i did :DD
alhamdulillah :)


apapun, thanks a lot to everyone yang sangat caring :D
all of you telah menyedarkan saya yang saya patut sangat bersyukur kerana dikelilingi sahabat yang sentiasa setia di sisi, tak kira susah atau senang :DD
thankssss :D uhibbukunna fillah :D







Monday, 14 October 2013

Sahabat, Itu Urusan Allah :)

Lagu di laptop berkumandang..
seketika, telinga mendengar, hati menghayati bait-bait lirik yang terucap,,
lagu dari In-Team yang berjudul "Kalimah Cinta" itu, membuai seketika perasaan remaja ini..

" Pepohon cintaku, kian merimbun,
semakin dicantas, makin bertunas,
tidak mampu mendustai hatiku,
rasa cinta fitrah manusia..

Siapalah aku..menolak cinta yang hadir di jiwa,,
tanpa dipaksa
hidup ini, tidak akan sempurna,
tanpa cinta dari Tuhan yang Esa..

Adam Hawa bercinta di syurga.. 
Angkara iblis, terpisah menderita..
Kerana cinta mereka setia,,, bertemu di dunia... "

Lamunan terhenti. Seakan baru tersedar dari mimpi yang indah, istighfar diulangi. Tangan terus menekan butang "shuffle" di papan kekunci dan seketika, terdengar lagu Atas Nama Cinta yang menjadi kegemaran,, lalu menyedarkan diri yang alpa seketika..

" Di atas nama cinta, pada yang selayaknya, 
Ku nafikan yang fana
Moga dalam hitungan setiap pengorbanan,
Akan disuluh cahaya, redhaNya...

Biar sendiri hingga hujung nyawa..
Asal tak sepi dari kasihNya..
Kerna sesungguhnya hakikat cinta, 
hanya Dia yang Esa.... "

Sejenak berfikir,, tentang sahabat-sahabat yang telah terjerumus ke dalam kancah percintaan.. Merenung kembali nasib mereka suatu hari nanti.. Apakah mereka akan berkahwin dengan cinta hati mereka..? jika ya, adakah mereka akan bahagia..? Atau jika tidak, apa yang akan terjadi kepada perasaan mereka yang terluka..? Apakah mereka akan melupakan semua itu dengan mudah dan tidak mengganggu emosi seharian mereka..? Tatkala itu, hati mula mengucapkan syukur kerana Dia masih melindungi hati ini dari mana-mana hamba Allah yang bernama lelaki.. Alhamdulillah :)


namun, bila dikatakan ujian,, terkadang hati ini sering meronta untuk menyayangi dan disayangi,, saya percaya bahawa pada usia remaja ini, semua sedang asyik mencari seseorang :) dan kini, harus kita pertahankan hati ini dengan duri-duri iman dan tembok-tembok takwa.. memang tak dapat dinafikan, begitu susah untuk kita mengelakkan diri daripada menyukai seseorang,, namun, adalah lebih baik untuk tidak meluahkan, hanya menyimpannya dan memohon petunjuk dan perlindungan daripadaNya.. Bukankah Dia lebih memahami..? 

Saya ingin mengingatkan semua orang, dan diri sendiri terutamanya,, untuk tidak mencampuri urusan Allah.. Jodoh kita, pertemuan kita, perpisahan kita, hidup dan mati kita semuanya urusan Allah.. Dia mengetahui yang terbaik untuk kita sebagai hambaNya, kerana Dia amat sayang akan kita semua :)) 

Seorang ukhti pernah berkata, katanya Jodoh itu urusan Allah, dan urusan kita hanyalah untuk beribadah dan memohon kepadaNya,, jadi, sekiranya kita berusaha untuk menjaga urusan kita denganNya dengan sebaik mungkin, sudah pasti Allah akan menguruskan urusanNya untuk kita dengan sempurna :) jadi, jagalah urusan kita, dan InsyaALLAH, Allah akan memberikan yang terbaik :)


akhir kata, jagalah hati kita, simpan perasaan itu dan mengadulah kepada Allah,, sesungguhnya Dia amat memahami, dan mohonlah petunjuk dan perlindungan yang terbaik buat kita sebagai hamba yang sesungguhnya tidak pasti akan urusan Allah terhadap kita :))

#faiqah, tolong-jaga-hati-awak.. cakap-saya-tak-suka-dia-setiap-hari-kalau-susah-sangat-doabanyak2, insyaALLAH dipermudahkan :))

Saturday, 12 October 2013

Muda : Masa Terbaik :))

Rasulullah s.a.w bersabda : "Rebutlah lima perkara, sebelum datangnya lima perkara. Pertama, sihat sebelum masa sakit. Kedua, kaya sebelum masa miskin. Ketiga, lapang sebelum masa sempit. Keempat, muda sebelum masa tua, dan kelima, masa hidup sebelum masa mati."
( Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi )

Satu perkara yang saya ingin kongsikan kepada semua,, mungkin ada dalam kalangan kita masih tak sedar atau pura-pura tidak menyedarkan diri..yang masa muda ini, masa terbaik buat kita :DD tak percaya? jom selongkar :DD



Jap, jap, jap ! Tahu tak ni masa terbaik untuk apa..? Haa,,,, sebenarnya muda ni saat terbaik untuk kita dekati Pencipta kita yang Maha Agung, iaitu Allah s.w.t :) umur di kala kita muda ini adalah umur yang paling sesuai untuk kita mengenal Allah, dan masa muda inilah anugerah yang paling bernilai dalam hidup sesorang mukmin yang mengimpikan syurga Allah s.w.t :)


namun, sayang sekali kerana kebanyakan daripada kita ( termasuk saya sendiri ) sering alpa dan tidak menggunakan nikmat masa muda yang Allah berikan ini dengan sebaik mungkin.. Ramai yang berkata, masa muda untuk enjoy, menikmati keindahan fatamorgana dunia,, dan ramai yang memilih untuk mula mendekatkan diri kepada Allah tatkala rambut sudah bertukar warna,, tatkala kedut di muka sudah menampakkan diri,, namun, kita ni dah konfem ke akan dapat capai tahap tu,, ingat ya akhowat, mati itu tak mengira usia,, kalau kita tak sempat macam mana..? Nauzubillah,, dan kalau kita sempat pun, dah masa tu Allah dah tarik sikit demi sikit keupayaan dan kemampuan kita,, agak2 larat lagi ke kita nak beribadah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh? patutkah, kita habiskan masa kita bertenaga dengan bersuka ria menikmati keindahan dunia, namun kita hanya berharap yang masa tua kita menjadi "back-up" kita untuk mengumpul amal soleh,, dan harapan tu belum pasti jadi kenyataan,, renungkan balik sahabat...


kata Ustazah Maisarah,, hidup manusia ini ibarat satu proses solat berjemaah.. Ibarat solat yang dimulai dengan laungan azan, hidup kita bermula dengan tangisan fitrah, tatkala baru hendak memulai langkah menuju sebuah kehidupan..dan ibarat waktu antara azan dan iqamah untuk menunaikan solat berjemaah, itulah masa muda kita yang sangat berharga namun begitu singkat..singkat tetapi berkat,, itulah perumpamaan masa muda..jadi, apa tunggu lagi? ayuh, perbaiki diri :)

Masa tua kita, ditentukan oleh masa muda kita kini.. ibarat bayi yang dititik beratkan dengan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat untuk menjamin kesihatannya hingga dewasa, begitulah hubungan kita dengan Allah yang perlu dijaga untuk menjadi mukmin soleh dan solehah, fid dunia wal aakhirah, insyaAllah :)


Saya teringat akan pesanan salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w, "Jika kamu berada pada waktu pagi, jangan pula kamu menunggu waktu petang.. dan jika kamu berada pada waktu petang, jangan pula kamu menunggu tibanya waktu pagi". Haa,, nak cakapnya, hargai masa yang kita ada sekarang..masa yang kita tunggu tak semestinya akan betul-betul wujud untuk kita.. betul takk ??

Cuba kita renungkan, kalaulah kita menggunakan masa yang kita ada ni dengan sepenuhnya, sudah tentu kita akan dapat buat semua kerja kita kan.. Allah kan Maha Adil :) 

"Seseorang yang beriman, tak pernah kenal erti tangguh. Mereka tahu akhirat itu ada, mereka tahu akhirat itu pasti, sebab itulah mereka sekarang sedang berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan.. Kita..? Ehem."

Kata Imam Shafi'e pula,,

" Aku hairan dengan masa yang semakin laju berputar,,, namun aku lebih hairan dengan manusia yang melalaikannya.. "

Haa,, seperti yang kita semua tahu, masa muda inilah, fizikal, mental, jiwa, dan rohani masih segar bak kuntuman mawar di taman :)) ingat sahabat, duniawi dan ukhrawi perlu dikejar seiring tau :DD 


tahu tak kawan-kawan, muda ini menjadi pilihan Allah dan Rasulullah :) tak caye..? tengok ni..
~ Allah menetapkan usia muda sebagai usia untuk ahli syurgaNya.. kalau taksilap 30tahun.. tengok,, betapa Allah memilih usia muda :)
~ Rasulullah pula menunjukkan yang baginda menyukai golongan muda.. Lihat sahaja, salah satu golongan yang akan mendapat naungan Arasy di akhirat kelak ialah PEMUDA yang takutkan Allah :)) 

haa, kan, excited takk ? jadi, macamana nak beribadah dengan cara terbaik pada usia muda ni ye agak-agak..?


haa,, salah satu caranya adalah dengan bersikap ihsan :DD ihsan tu maksudnya macam kita buat ibadah tak kira masa, di mana jua kita berada, dan kita pulak takut nak buat dosa, sebab kita sentiasa rasakan yang Allah sedang lihat kita :) mudah mudahan kita semua dapat ubah diri menjadi seorang yang bersifat ihsan, sikit demi sikit :) perubahan itu awesomeeee :DD

lagi satu,, kita boleh jugak bersifat takwa kepada Allah :) takwa tu maksudnya meninggalkan syirik kepada Allah dan melakukan amal ketaatan kepada Allah semata :) maknanya Amar Makruf Nahi Mungkar lah :)



"Kebaikan itu adalah akhlak yang mulia, dan dosa iu pula adalah apa yang meresahkan hati kamu"
-sabda Rasulullah s.a.w-

soo, sahabat :) , ingat, kita sepatutnya bina akhlak dari muda lagi :) selagi masih muda, selagi itulah nafsu mudah untuk dibentuk, selagi itulah hati mudah untuk menerima ilmu, selagi itulah, Islam mudah untuk ditegakkan :) mudah mudahan kita semua tergolong dalam golongan mereka yang memperoleh perlindungan dan rahmat Allah di dunia dan di akhirat, insyaAllah :)) 

"Allah kurniakan kekuatan sewaktu muda, sebelum berikan kelemahan pada waktu tua.."

Akhir kata, jadilah pemuda terbaik di dunia, jika ingin menjadi pemuda terbaik di akhirat :)) insyaAllah :)


Tuesday, 6 August 2013

Tatkala Fitrah Sedang Diuji...

F.I.T.R.A.H
salah satu komponen kehidupan yang melengkapkan manusia
tanpa fitrah, rosak manusia
namun, dengan fitrah, rosak juga manusia
bagaimana..?


setiap makhluk diciptakan Tuhan dilengkapkan dengan fitrah. Fitrah menerbitkan bakat dan keupayaan semulajadi yang membolehkan setiap kejadian itu terjadi menurut peraturan fitrahnya. Dan di antara semua kejadian, manusia telah diciptakan dengan fitrah yang paling sempurna kerana manusia berkewajipan memerintah dan mentadbir di muka bumi. Fitrah perasaan terutamanya, menjadikan manusia sebuah penciptaan yang unik dalam kalangan seluruh penciptaanNya. Itulah berutungnya manusia punyai fitrah sempurna disisiNya.. Bersyukurlah sahabat :)


namun, rata-rata manusia hari ini, sanggup merosakkan diri dengan anugerah fitrah itu.. bagaimana?
punya perasaan, namun tidak menguruskannya dengan proper way. punya fitrah, namun tidak mampu mentadbirnya hingga memakan diri.. contohnya, fitrah perasaan marah, tidak mampu mengawalnya hingga berlaku pergaduhan ummah..fitrah perasaan kecewa, tidak mampu mengawalnya hingga melakukan perkara yang lari dari landasan ajaran Islam seperti bunuh diri..beginikah cara kita menunjukkan syukur kepada Allah kerana diberi anugerah fitrah ini..?


Fokus saya untuk entry kali ini adalah fitrah antara lelaki dan perempuan.. secara kasarnya, inilah fitrah yang paling tidak mampu dikawal oleh manusia pada hari ini. Masakan tidak, lelaki dan perempuan diciptakan ibarat magnet, saling tertarik.. semua mukmin yang soleh dan solehah perlu satu pertahanan iman yang kukuh sebagai benteng kepada penyalahgunaan fitrah ini :)


Saya selalu teringatkan kata-kata ummi pujaan saya, Ustazah Fatimah Syarha Mohd Noordin, katanya, di dunia realiti, urusan antara lelaki dan perempuan tidak dapat dielakkan. Latihlah diri agar urusan itu berjalan dalam suasana yanh terhormat dan tinggi, selamat dan profesional. Berurusan dengan menjaga batasan. Berurusan secara manusiawi. Bila perlu senyum, senyum. Bila perlu bantah, bantah. Moga kita semua mempraktikkannya :)



Yakinlah bahawa batasan pergaulan yang Islam gariskan ini, banyak kebaikannya. Ia bukan sahaja memelihara kehormatan, bahkan juga melindungi daripada punca-punca keretakan, keruntuhan, dan kebimbangan. Ia juga memelihara masyarakat daripada kebinasaan. Indahnya Islam :)

Sekadar berkongsi, saya merasakan kehidupan hari ini semakin mencabar. Terkadang, saya makin hairan dengan diri sendiri. Setiap kali berurusan, ada perasaan berdebar-debar. Ada rasa malu yang menyeruak dada. Ada rasa ingin menjarakkan diri. Ada rasa ketertarikan yang sungguh misteri untuk dimengerti. Saya pasti, hampir semua insan yang bergelar manusia, khususnya para remaja dan belia seperti saya, merasai perasaan ini. Seperti yang saya katakan tadi, lelaki dan perempuan ibarat magnet. Saling tertarik. Lelaki dan perempuan ibarat bunga dan kumbang. Saling memerlukan. Tatkala perasaan itu hadir, kita sepaptutnya terus  bertanya pada hati dan iman, ADAKAH FITRAH CINTA YANG SEDANG DIUJI..? PERLUKAH SAYA MELAYAN FITRAH INI...?


Seperti yang dipesan oleh Ustazah Fatimah Syarha, istighfar adalah ubat terbaik untuk menguruskan fitrah. Jika fitrah itu tidak diurus, nescaya ianya akan mudah bertukar menjadi fitnah. Perasaan itu memang ajaib, sahabat. Fitrah itu memang ajaib. Namun, perlukah kita membiarkan hati berangan-angan? Bagaimana kita sepatutnya menguruskan fitrah itu? Alhamdulillah, nikmatnya istigfar :)


Kata Ustazah Fatimah Syarha lagi, sedarlah bahawa setiap dosa besar itu bermula daripada dosa kecil. Setiap jenayah anggota bermula daripada dosa hati. Tidak hairanlah Rasulullah SAW dan para sahabat salafussoleh amat berhati-hati menjaga hati dengan memperbanyakkan istighfar, sedangkan mereka bukanlah ahli dosa. Astaghfirullah, kerdilnya aku, hinanya aku kala ini Ya Allah. Lindungilah hati-hati kami Ya Allah. Ampunilah dosa-dosa kami Ya Allah.



Bagaimana ingin menguruskan fitrah ini selain beristighfar..?
Ajar Ustazah Fatimah Syarha, jadikan majlis ilmu sebagai satu hobi. Yakinlah bahawa dengan menghadiri majlis ilmu, ianya menyebabkan kita tiada masa berfikir untuk berpacaran atau untuk berhibur. Aktifkan diri dalam persatuan, ianya juga dapat menghindarkan kita dari mengingati fitrah ini selain dapat menggilap bakat kepimpinan kita. Tidak lupa juga untuk menghidupkan surau dan kendalikan majlis ilmu di sana. Mungkin salah satu option ini boleh menjadi cara terbaik untuk kita semua menguruskan fitrah daripada menjadi fitnah :)


Akhir kata, ingatlah ya akhowat wa ikhwan,
        ~ siapa pun dia, di mana pun dia berada, 
                  SELAGI KITA SETIA,,, DIA JUGA AKAN SETIA... ~



ingatlah sahabat , SIAPA SOLEH DAPAT SOLEHAH.. BEGITULAH SEBALIKNYA :)
# jom jadi solehah ! :D

credits to :
-Ustazah Fatimah Syarha bt Mohd Noordin for the inspirational book, Cinta High Class :)
-Semua orang sekeliling, telah mengajar banyak erti kehidupan :) terima kasih :)


Thursday, 11 July 2013

Paradise : Our Hometown :)

assalamualaikum :)
firstly, happy ramadhan to all muslims around the world :D moga Ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan dan kerahmatan kepada kita semua , Insya Allah :)

sempena bulan keberkahan kali ni, saya nak berkongsi sedikit bait-bait kata akhi ohsem saya iaitu akhi Hilal Asyraf dalam buku motivasinya, Langit Illahi-Tuhan Tidak Lupakan Kita :)
salah satu topik yang sangat menaikkan semangat perjuangan semua mujahidin dalam buku tu ialah Kampung Halaman Kita :)

kita dalam kehidupan seharian ni, ( nakk-nak lagi dalam bulan puasa ni ),  kalau yang berjauhan dengan family kat kampung, konfem2nya teringat kat rumah, kat kampung halaman kan :)
kita mesti selalu teringat kat family kita kat kampung,,
teringat kat makanan2 sedap yang mak kita masak kat kampung,,
even kucing belakang rumah nenek pun kita boleh teringat kan ?



bila dah sampai kampung lepas penat belajar, menuntut ilmu kat tempat orang, mesti rasa syok tak terhingga kan? hilang semua penat lelah kita bermujahadah :)

itulah secebis perumpaan nak cakap betapa syoknya dapat masuk syurga lepas dah penat kita beribadah :)
perasan tak, syurga sebenarnya kampung halaman kita ! betul, tak percaya ??
Ayah dan ibu kita semua, iaitu Nabi Adam a.s dan Hawa,, bukankah dahulu hidup di dalam syurga ?
mereka cuma dibuang ke dunia kerana telah melanggar perintah Allah dengan terpedaya dengan tipu helah Syaitan
*takpayah nak salahkan mereka kenapa mereka dibuang ke dunia, cuba kita yang berada di tempat mereka, rasanya tak sempat jejak kaki ke syurga lagi dah dibuang,, iman kita lagi jauh nipisnya berbanding mereka, itu pun atas satu kesalahan saja,, jangan ada yang cakap salah mereka ye,,, berdosa,, nauzubillah :)

jadi, kita ni diibaratkan para musafir yang telah dihantar ke satu medan sementara untuk berperang menentang musuh iaitu duniawi, dan sudah semestinya, ganjaran yang paling best, siapa yang 'memenangi' perang ini akan dapat 'balik bermalam' ke kampung halaman dia iaitu di syurga :)
namun, sesiapa yang terkandas di medan tersebut, maka dia akan dihukum kelak , nauzubillah :)

jadi, sahabt2 semua, agak2nya, mana satu yang menjadi pilihan kita kelak...?
adakah kita memilih kebahagiaan sementara namun akhirnya seksaan selama-lama?
ataupun kita memilih untuk bersabar seketika sebelum memperoleh nikmat yang tiada penghujungnya..?
tepuk dada , tanya iman :)

jadi, in a nutshell , jom kita sama-sama berusaha, bermujahadah, berperang untuk kembali ke kampung halamaan kita yang telah lama ditinggalkan oleh Nabi Adam dan Hawa. :)
bagaimana..?
haaa, Allah kan ada, :D
kacang je, insya Allah :)

okaylah sahabat, buku2 menanti untuk dibuka,
semoga ketemu lagi di lain waktu,
atau jika tidak bertemu di sini,
mudah mudahan kita semua dipertemukan di kampung halaman kita, insya Allah :)

this song is dedicated to all of you, friends :)
naik semangat dengar lagu ni,, :)
may Allah bless ,
ukhuwwah till Jannah, Ameen :)

PARADISE - MAHER ZAIN :)

I remember when I first met you
I felt that God answered my call
There was that one place I always thought about
And I just wanted to be there with you
The place that no eye has ever seen
The place that no heart has ever perceived
I had a great feeling inside of me
That one day I’ll be there with you

Chorus:
And now that we’re here feeling so good
About all the things that we went through
Knowing that God is pleased with us too
It’s not a dream, this is so true
Feeling the peace all around
Seeing things we could never imagine
Hearing the sound of rivers flow
And we know we’ll be here forever
The feeling is indescribable
Knowing that this is our reward

Do you remember the hard times we went through?
And those days we used to argue
But there was not one thing that could bring us down
‘Cause we always had in our minds
The place that no eye has ever seen
The place that no heart has ever perceived
The place we’ve been promised to live in forever
And best of all, it’s just me and you

CHORUS

I remember us praying at night
And just dreaming about this together
I’m so blessed to have you in my life
And now we can enjoy these blessings forever
Paradise is where we are now
Paradise, a dream come true
Paradise, O what a feeling!
Paradise, thank You Allah!

CHORUS

Lyrics, Melody & Arrangement: Maher Zain
Mixing: Ronny Lahti

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/04/lirik-lagu-maher-zain-paradise.html#ixzz2YmaSoAlO

Friday, 7 June 2013

Hikmah Is Everywhere, Dear Ukhti :)

Manusia,, apabila diberi kesusahan, ditimpa ujian,, sering mengeluh..menyalahkan takdir.. 
namun, cuba kita renung sejenak... berapa kalikah kita bersyukur atas nikmat yang telah Allah berikan kepada kita..? berapa kalikah kita membalas rasa kesyukuran tu dengan mengabdikan diri kepadaNya,,?
# muhasabah ~~
------------------------------------------------------------
kadang-kadang, kita rasa down gila nak mati bila ada ujian yang menimpa,, kan? 
pernah tak kita fikir,, yang Allah bagi tu ujian ke... bala atas dosa kita semua yang bertimbun ..?
 cu tengok artikel ni :)

Firman Allah swt dalam surah al-Syura ayat 30 maksudnya : “Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.”
Jika diperhatikan ayat di atas dengan cermat kita secara jujur akan dapat menangkap pesan-pesan moral ilahi dengan kesedaran bahawa Tuhan menimpakan azab dengan tujuan mengingatkan hambaNya yang selalu lalai.
Hakikatnya musibah yang berlaku ini begitu sulit untuk dihapuskan dari memori kolektif, bukan sahaja oleh penduduk di Palestin yang diserang zionis, tetapi oleh kita semua. Kesan serangan ini terlalu dahsyat hingga infrastruktur di negeri-negeri terlibat menjadi lumpuh.Trauma serangan yang berlaku belum selesai, tiba-tiba ia berterusan dengan lebih teruk berganda lebih dari yang dijangkakan.
Musibah, tentunya berbeza dari azab.Dalam perspektif Islam, musibah merupakan satu bentuk perkara yang menimpa bertujuan menilai kesabaran dan kekuatan mental umat Islam.Perkara ini jelas dinyatakan Allah menerusi firmanNya dalam suarah al-Baqarah ayat 155, maksudnya : “Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:
Selain itu musibah juga berlaku bertujuan menampakkan rahmatNya kepada makhluk yang bernama manusia agar tidak melupakan kehambaannya dan tidak menyombongkan diri.FirmanNya dalam surah al-Hadid ayat 22-23 yang bermaksud : Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.
Azab pula adalah satu hukuman terhadap mereka yang tidak mensyukuri nikmat Allah dan mengengkarinya.FirmanNya dalam surah Ibrahim ayat ke 7 , maksudnya : Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”.
Istilah azab atau laknat khusus diturunkan buat golongan yang derhaka terhadap perintah Allah, seperti azab yang menimpa kaum Nabi Nuh contohnya.Firman Allah swt dalam surah Yunus ayat 73-74 : Mereka tetap juga mendustakan Nabi Nuh, lalu Kami selamatkan dia bersama-sama pengikut-pengikutnya yang beriman di dalam bahtera, dan kami jadikan mereka pengganti-pengganti (yang memakmurkan bumi) serta Kami tenggelamkan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami (dengan banjir dan taufan sehingga punah-ranah semuanya). Maka lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang (yang mendustakan ayat-ayat kami) setelah diberi amaran. Kemudian Kami utuskan sesudah Nabi Nuh, beberapa orang Rasul kepada kaum masing-masing; lalu Rasul-rasul itu datang kepada kaum mereka dengan membawa keterangan-keterangan yang nyata; dalam pada itu kaum mereka tetap juga tidak mahu beriman kepada apa yang mereka telah mendustakannya sebelum itu. Demikianlah, Kami meteraikan atas hati orang-orang yang melampaui batas.
Setelah mengetahui perbezaan antara kedua terminology al-Quran ini , tibalah kita di satu persimpangan yang penting untuk membuat satu muhasabah diri, apakah perkara yang berlaku merupakan satu musibah yang mengandungi di sebaliknya kasih sayang Allah buat kita ataupun sebaliknya satu azab yang diturunkan kepada orang yang tidak mengerti erti syukur kepadaNya.
Bagi orang-orang yang beriman, musibah yang menimpa dihadapi dengan tabah, menyemarakkan lagi semangat kasih sayang terhadap Tuhannya, menghayati wasiat Nabi yang mulia maksudnya : ” Pelik sikap orang yang beriman, apabila ditimpa atasnya satu nikmat dia bersyukur, maka baginya pahala, demikian pula sebaliknya apabila ditimpa azab, maka dia bersabar, maka baginya pahala, dan tiadalah sikap begitu pada orang selain mereka”.Natijah daripada berfikiran positif inilah keimanan meningkat kepada kualiti yang lebih berbanding sebelumnya.
Jika dilihat dengan pandangan yang lebih mendalam berteraskan ‘Ainil Basirah kepada bencana yang menimpa negara di tempat yang kebanyakannya dihuni oleh umat Islam, kita mampu membuat kesimpulan bahawa ianya merupakan ujian untuk mempertingkatkan kualiti hidup umat Islam itu sendiri.
Harus disedar bahawa dalam reality hidup bahawa kesusahan merupakan sunnatulLah yang akan menympurnakan warna warni corak kehidupan.SunntaulLah dalah suatu kanun yang tetap berlaku secara istiqamah selama kita berada di alam dunia.Firman Allah dalam surah al-Rum ayat 30 , maksudnya : tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
Rela atau tidak , pastinya manusia akan diuji sebagaimana yang dijelaskan dalam surah al-Baqarah ayat ke 155 : Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.
Pada dasarnya manusia tidak gemar kesusahan.Apatah lagi jika kesukaran itu diiringi dengan kepedihan kehilangan, kematian dan janji-janji kosong.Namun demikian, jika dikaji secara mendalam , di sebalik pengalaman-pengalaman pahit yang dilalui sebenarnya tersirat hikmat yang cukup luarbiasa daripadaNya.Kesulitan akan menyebabkan terhasilnya pengetahuan, kerana ia menjadi pengalaman yang cukup berharga untuk menghadapai hari depan dengan lebih kuat dan kraetif.
Mengahdapi ujian ini, muslim perlu memperlengkapkan dirinya dengan petua-petua berikut:
Pertama : Hendaklah berbaik sangka dengan Allah yang telah mentakdirkan ujian yang berlaku.Hakikatnya semua orang akan melihat sudut yang negative tentang apa yang berlaku, sedangkan terdapat banyak perkara yang positif di sebaliknya.Hanya orang yang bijak dan sabar sahaja yang akan memperolehi perkara-perkara positif di sebaliknya.Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 216 maksudnya : “dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.Barangkali tepat untuk dikemukakan bandingan yang diberikan oleh Muhammad al-Ghazali : ” Jika anda diberi segelas air jeruk yang masam, janganlah dibuang tapi tambahlah gula padanya!
Kedua, muslim hendaklah meneruskan kehidupan seperti biasa, meneruskan agenda hidup dengan keceriaan dan bahagia.Benar kata-kata mereka : ” Life has to carry on”.Kita tidak sepatutnya berlarutan dalam duka.Lakukan latihan-latihan yang dapat meneruskan kesinambungan hidup secara-konsisten.
Ketiga, hadapilah ujian dengan objektif tanpa panic dan bayangkan suasana yang lebih baik yang pasti akan berlaku selepas ini.Firman Allah swt dalam surah al-Syarh ayat ke 5-6 maksudnya : Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
Ke empat pelihara iman kerana ia merupakan energi hidup.Teruskan kesinambungan hidup dengan membersihkan hati agar menyinar nur keimanan dalm diri buat bekalan menghadapi kesusahan dengan semangat dan ketabahan.Orang yang sengsara bukanlah orang yang kehilangan harta benda tetapi orang yang terkikis dan terhakis imannya dek kegagalan menghadapi kepayahan yang sementara, sanggup memperdagangkan iman kerana mengelakkan kerugian harta.
Dan wasiat terakhir, hadapilah hari-hari ini dengan memperbanyakkan munajat dan berdoa kepada Allah.Antara doa yang menjadi amalan salaf yang dianjurkan oleh Nabi apabila mengahdapi kesusahan dan kesedihan ialah dengan berdoa : “Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu (lelaki) dan anak hambaMu (perempuan) . Ubun-ubunku dalam gengamanMu, hukumanMu berlalu kepadaku, Qada’ ( keputusan ) Mu kepadaku adalah adil, aku mohon kepadamu dengan setiap nama yang telah engkau berikan untuk diriMu, atau yang Engkau turunkan dalam kitabMu, atau yang Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang engkau simpankan dalam perbendaharan ghaib dari ilmuMu, agar Engkau jadikan al-Quran sebagai penyejuk hatiku , cahaya dadaku, pelenyap dukaku dan penghilang kesedihanku”.( HR Ahmad dan Ibn Hibban, dianggap sahih oleh al-Albani dalam silsilah al-Ahadith al-Sahihah ) .
Semuga setiap muslim dikurniakn Allah sifat kekuatan oleh Allah mengadapi musibah dalam apa bentuknya sekalipun dnegan keimanan dan ketenangan.- zahazanmohamed.blogspot.com
haaa, kalau rasa tu ujian, banyakkan bersabar,, ingat Allah bagi ujian sebab Dia sayangkan kita,, Dia nak test, kita ni, betul ke beriman kepadaNya,, betul ke kita ni dah jadi mukmin yang SUPER POWER :D


tapi, kalau rasa ianya adalah bala atas dosa2 kita yang bertimbun ( nauzubillah ) , segeralah beristighfar banyak2, dan bertaubat kepadaNya,, ingat, pintu neraka Allah tu luas, tapi pintu Taubat Allah lagi lebaaar :D insyaAllah, dengan hati yang ikhlas, Allah akan terima kita, sebab Dia kan sayangkan kita :D


tengok artikel kat blog akhi inche gabanna ni pulak :D 

haa. kan :D ( faiqah ni dari tadi asyik haaa aje ~~ )
haha. :D
haa, kan betul saya cakap, :)


jadi, lepas ni, jangan la duk sedih2 lagi, jangan la duk mengeluhh2 lagi,, 
bila dapat ujian,, ingat, there's hikmah everywhere :)
setiap kali dapat ujian, dugaan etc,
fikir balik, kenapa Allah bagi kat kita.. mesti ada hikmah di sebalik apa yang terjadi, Allah knows the best :)
jangan cepat melatah , jangan cepat down, tau ;D
k, gtg,
assalamualaikum, jumpa lain cuti sahabat :)