kali ini, ana nak share pasal nafsu,, hmm,, semua khalifah di muka bumi Allah ini diciptakan beserta nafsu kan,,? siapa yang takde nafsu, ce angkat hidung..:D haha, mana ada orang yang takde nafsu, semua ada nafsu,, kan3.. ?
http://theotherkhairul.blogspot.com/2011/02/bila-lelaki-terpaksa-berperang-dengan.html
hmm, bila baca blog akhi ni kan,, memang kesian jugakk la kat dia,, ya akhowatku, tak kesan ke dengan saudara kita tu,, sebenarnya, inilah kata2 hati seorang lelaki bila perempuan ni tak tutup aurat...betul tak ikhwan2 semua? kalau betul kata Hittaqullah!!
( HITTAQULLAH!!!!!!)
haa, cu jenguk sajak ni pulak,,
Sebab Lelaki Memandang Wanita
Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.
Kerana perempuan adalah
pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.
Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.
Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah
Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.
Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika
tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar
apabila terlihat seorang perempuan.
Setiap bentuk badan seorang
perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang
perempuan, maka perkara pertama yang akan
dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.
Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka
mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat
bentuk lehernya,
maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi
melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk
payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.
Setelah itu mata lelaki akan
turun lagi melihat
bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak
bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki itu akan melihat pula akan
bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya
agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan
lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain
yang agak ketat sehingga terlihat bentuk
pehanya walau sedikit,
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan
bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar, kerana
terus-terang pihak lelaki bercakap, walau
muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
jika beliau memakai seluar,walau nampak besar
sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara
sepontan, entah tak tahu Kenapa?
Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak
akan bentuk kakinya,
maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki
itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan
melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya
jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan
tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.
Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika
kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang
cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.
Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis
penyakit,iaitu mata
lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika
ia terlihat warna yang menyerlah atau terang
jika ianya berada pada perempuan.
Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan
memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.
Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu
apakah dia mata lelaki itu, dan perlu
diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah
pula kita menjaga kehormatan diri masing2,
jangan keluar seorang2,keluarlah dengan
mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar
tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula
janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat.
Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu
dan jagalah kemaluanmu".
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung
masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum
lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak
mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia
dilarangi oleh Allah SWT.
Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri.
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga.
Sesuatu yang berharga dan bernilai perlu dijaga dengan baik.
Semakin dibuka semakin kurang nilai harganya..
Bajailah ia dengan iman dan takwa semoga membuahkan hasil yang sungguh bernilai.
قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا
مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ
اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ (٣٠)
30. Katakanlah (Wahai Muhammad)
kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat
pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara
kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka;
Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka
kerjakan.
(Surah An Nur : Ayat 30)
وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ
يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلا يُبْدِينَ
زِينَتَهُنَّ إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ
عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا لِبُعُولَتِهِنَّ
أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ
أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ
أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ
أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الإرْبَةِ مِنَ
الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ
النِّسَاءِ وَلا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ
مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا
الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (٣١)
31. Dan Katakanlah kepada
perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka
(daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan
janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang
zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya
Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan
perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka
atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri
mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara
mereka Yang lelaki,
atau anak bagi saudara-saudara
mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba
mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan
tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum
mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka
menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari
perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai
orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.
(Surah An Nur : Ayat 31)
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ
لأزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ
مِنْ جَلابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلا يُؤْذَيْنَ
وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا (٥٩)
59. Wahai Nabi, suruhlah
isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan
Yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh
tubuhnya (semasa mereka keluar); cara Yang demikian lebih sesuai untuk
mereka dikenal (sebagai perempuan Yang baik-baik) maka Dengan itu
mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi
Maha Mengasihani.
(Surah AL Ahzab : Ayat 59)
يَا بَنِي آدَمَ قَدْ
أَنْزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآتِكُمْ وَرِيشًا وَلِبَاسُ
التَّقْوَى ذَلِكَ خَيْرٌ ذَلِكَ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لَعَلَّهُمْ
يَذَّكَّرُونَ (٢٦)
26. Wahai anak-anak Adam!
Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk)
pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian Yang
berupa taqwa itulah Yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari
tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya)
supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).
(Surah AL A'raaf : Ayat 26)
Akhir kalam,Wahai wanita Muslimah jagailah pakaian mu dan akhlak mu supaya mudah Muslimin menjaga mata dan nafsunya.
http://www.loveloveislam.com/2011/07/sebab-mata-lelaki-gemar-lihat-badan.htmlhaa, tak cukup lagi bukti tentang apa yang ana cakap tadi,, ? hmm,, jadi, sama2 lah kita ambik iktibar dan berusaha supaya tak mengulangi perbuatan yang salah di sisi Islam, insyaAllah :)
tu nafsu lelaki kepada wanita,,, tapi kan,, wanita pun ada nafsu jugakk ! walaupun wanita ada 9 nafsu ,satu akal.. dan lelaki ada satu je nafsu, 9 akal.. tapi nafsu lelaki lebih kuat berbanding peempuan ( kalau ikut firasat saya la,, wallahualam )
http://sukahadis.blogspot.com/2012/07/benarkah-wanita-1-akal-9-nafsu.html
jenguklah page ni, :) kalau nak tahu kesahihannya, :) insyaAllah
nafsu perempuan memang 9,, tapi bagaimana jenisnya ??
Puas. Perempuan sememangnya tak pernah puas, dek kerana itulah selalunya perempuan yang akan mencari sesuatu yang lebih daripada sepatutnya semata-mata untuk kepuasan diri. Boleh dikatakan apa sahaja perkara dalam hidup, perempuan selalunya mahu lebih.
Anda mungkin biasa dengar, perempuan punyai 1 akal dan 9 nafsu. Nafsu ini melebihi akalnya, lalu menjadikan mereka sering terdorong dengan keinginan dan kehendak.
Aku bukan berkata soal seks, kerana mungkin sesetengah dari anda yang baca blog aku ini fikir aku akan ketengahkan soal seks. Tapi sebenarnya, nafsu perempuan lebih daripada itu. Lihat sahaja cara perempuan berpakaian. Ada rantai, ada gelang, ada talipinggang, kasut, itu dan ini... banyak benda yang memungkinkan mereka akan terdorong untuk keinginan dan kehendak yang melebihi daripada seorang lelaki.
Hinggakan kepada seluar dalam dan baju dalam pun perlu memenuhi kehendak kepuasan mereka.
Kalau mahu cantik, mereka mahu cantik sampai ke dalam kubur.
Andai mahu bergaya, mahu bergaya sampai ketika bersholat pun mahu pakai telekung renda berbunga.
Apabila menutup aurat dengan memakai tudung, fesyen tudung mesti yang terkini.
Mungkin kerana inilah, mereka ini sering dilabel sebagai golongan makhluk yang kurang bersyukur, yakni kufur dengan apa yang mereka telah ada. Lalu, kerana sebab inilah, mereka bakal menghuni banyak isi tingkatan neraka.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan." Rasulullah SAW ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda SAW menjawab: "Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup." (H.R Bukhari)Wahai perempuan, belajarlah cara untuk berpuas hati dan kenal diri dengan rasa syukur. Mahu cantik boleh, mahu kaya boleh, mahu jadi hebat boleh, tapi jangan sampai berlebih, jangan sampai anda kufur dengan segala nikmat dan kelebihan yang diberikan Tuhan kepada anda.
sumber : http://miraakim.blogspot.com/2012/04/9-nafsu-perempuan-tak-pernah-puas.html
haa,, namun apa pun, kita kena berusaha untuk melawan nafsu kita tu,, ! ingat, itu ujian Allah..! jadi, jihad fi sabilillah :D insyaAllah :)
Cara Lawan Nafsu :)
Menurut
al-Ghazali : Nafsu boleh dikekang dengan kekangan takwa. Dengan itu ia
akan menjadi lemah dan tunduk mengalah. Kewarakan seseorang juga boleh
membelenggunya sehingga nafsu tidak berpeluang menjalankan
peranannya.Dengan kesedaran bahawa nafsu itu musuh yang akan
mendatangkan kecelakaan , ia perlu dilemahkan dengan penghinaan. Jangan
sekali-kali diberi muka dan dilayani keinginannya.Ulamak sufi menganjurkan tiga langkah untuk melemahkan hawa nafsu:
Pertama, setiap keinginan nafsu itu hendaklah dicegah dan ditahan. Ini bererti ia dikurung atau dibelenggu. Umpama binatang liar, apabila dikurung atau ditambat, ia menjadi jinak juga akhirnya.
Kedua, hendaklah diberikan suatu tekanan atau deraan yang berat ke atasnya. Umpama kaldai yang liar, apabila dilebihkan muatan beban di atas belakangnya, nescaya ia menjadi lemah dan akan menurut perintah, apa lagi kalau dikurangkan rumput untuknya.
Ketiga, hendaklah sering berdoa, memohon perlindungan daripada Allah Taala agar terselamat daripada angkara nafsu jahat (nafsu ammaratun bil-su`).
Langkah ini penting, kerana hanya dengan mendapat rahmat Allah Taala, hamba-Nya akan bebas daripada pengaruh atau runtunan nafsu.
Dalam al-Quran, Allah mengisahkan, bahawa nabi Allah Yusuf alaihissalam bersabda, mafhumnya : Sesungguhnya nafsu itu menyuruh kepada kejahatan kecuali orang yang dirahmati oleh Tuhanku. (Yusof:53)
Berpuasa juga antara cara untuk mengawal nafsu.
sumber : http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2009/12/nafsu.html
*dari diri yang serba kekurangan *
wallahua'alam :)















