Tinta ini tercoret, tatkala hati sedang diguris..tinta ini
tercoret, tatkala iman sedang dirobek..tinta ini tercoret, tatkala agama sedang
diejek..ya Allah, pujuklah hamba-Mu ini.. kuatkan hambaMu ini.. saat insan yang
disayang menidakkan segala ajaran.. saat apa yang dilakukan keranaMu semata, dicela dikeji, seperti dirinya tidak
punya tuan.. mengapa lidahnya begitu tajam mengguris..? hatiku bisa dicaci,
pakaianku bisa dihina, perwatakanku bias diulas..namun, aku tak tegar mendengar
segala cemuhannya terhadap agamaku, bahkan agamanya jua, !
Dirinya berkata, aku tak punya harapan..dirinya berkata, aku
tak punya masa hadapan.. dirinya berkata, aku ini telah terpengaruh, tiada apa
dapat menyelamatkan,, ya Allah, salahkah hambaMu ini menuntut ilmu Al-Quran..?
terpesongkah hambaMu ini mempelajari sunnah kekasihmu iaitu Rasululullah..? ya
Allah kuatkanlah hati ini untuk terus bertahan,,
Aku berhasrat, andai nanti suatu saat, iman telah teguh
terpahat, nafsu buruk telah dinyahkan sepenuhnya, akal berfikir secara
intelektualnya, dan yang paling penting, hati telah penuh dengan hujah - hujah
yang akan mematahkan kata- kata berbisa
sang hambaMu,,akan ku buktikan,,in sha Allah ,, ya Allah, tunjukilah dia jalan yang lurus..aku
sayang dia ya Allah,, aku sayang dia keranaMu,, kini, aku hanya mampu bertahan
dengan mencegah kemungkaran dengan senjata selemah-lemah iman, iaitu hati,,
semoga diri ini terus tabah mendalami ilmu Al QuranMu, menghayati sunnah
RasulMu, dan mempunyai semangat untuk aku terus mengorak langkah, mencegah,
kemungkaran itu, menggunakan lidah. Moga diri ini dapat mematahkan segala
tohmahan dan cercaan terhadapku, ya Allah..
Dirinya bermadah, aku ini tiada haluan, aku ini tiada
tujuan.. ya Allah, insan yang aku harapkan doanya sentiasa untukku, sanggup
mengucapkan kata-kata itu di hadapanku,
bersaksikan orang ramai yang berada di sekelililing...mereka yang lain cuba
membelaku, tetapi ‘’pedangnya’’ lebih tajam menangkis segala belaan mereka..
bakal doktor yang berbungkus..? apa, tidak adakah dalam ajaran Rasulullah juga
dalam kalamMu tentang perintah menutup aurat..? katanya, buat apa berbungkus,
sedangkan lelaki bisa juga melihat wanita sebegini seolah-olah dia tidak
berpakaian. Habis, kenapa tidak semua manusia di muka bumi ini tidak
berpakaian? Kenapa Allah melarang perempuan membuka auratnya? Ya Allah, betapa teringinnya
aku mashi kalamMu untuk menangkis segala dakwaan itu,,
maafkan aku Ya
Allah, aku sentiasa bersama Al QuranMu, namun aku masih tidak dapat
menggunakannya untuk membela diri, jua agamamu.. aku masih alpa, aku masih
lemah ya Allah ..
*tinta ini dicoret oleh seorang Muslimah yang mempunyai
masalah dengan salah seorang ahli keluarganya yang tidak dapat menerima
perubahan Muslimah tersebut yang cuba ingin menjadikan “addinul khusnul khuluq”
( agama itu keindahan budi pekerti ).. moga tinta ini memberi pengajaran buat
kita semua, dalam meniti hari-hari sebagai muslimah dengan penuh cabaran,, dan
tinta ini tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang sudah meninggal dunia,,
wallahua’lam,,


