alhamdulillah, dengan izin Allah, kita semua hambaNya yang hina ni masih lagi diberi peluang untuk menghirup udara ciptaanNya.. :) kita ni hamba yang hina ?
''ehh,, saya ni alim lah awak. Hafal Quran 30 juzu'. Saya ni baik, tak pernah buat salah ... ''
ehem,, ada tak sape2 antara kita yang terlintas dalam hati dia macam tu..?
haha,, mungkin taklah seteruk tu ayatnya,, tapi kadang2 mesti kita ni ada jugak rasa macam... eh, aku ni dah cukup baik rasanya.. kenapa Allah tak makbulkan lagi semua doa2 aku ye..?
hmm,,, salah sebenarnya tanggapan macam tu, ya ukhti. :)
Kita ni sebagai hamba Allah, takkan lari daripada buat kesalahan. Sebaik-baik mana pun kita, sealim-alim mana pun kita, kita ni tetap hamba Allah yang hina..
kenapa .. ?
cuba kita muhasabah diri kita balik.. kita ni masa senang, ada tak bersyukur dengan apa yang dah Allah kurniakan kat kita.. ? mudah mudahan.. :)
tapi, nak cakap nya, manusia hari ini, masa susah je ingat Allah,, nak minta pertolongan Allah...hmm,saya pun selalu macam ni,, hehe,, mudah mudahan selepas ini kita semua terutamanya saya sendiri akan berubah ke arah yang lebih baik daripada sebelum ini , insyaAllah :)
bila saya fikirkan balik kan,, masa susah tu, kita selalu berdoa supaya Allah beri pertolongan kat kita,, masa kita nakkan sesuatu, barulah kita excited sangat2 nak minta pada Allah.. baru lah terasa,, malunya........ apa yang kita dah lakukan untuk Allah..? kita selamba je nak minta apa2 kat dia masa kita memerlukan.. tapi masa dia bagi,, ada kita berterima kasih..? ada kita bagi ''something'' kat dia sebagai tanda penghargaan?
hmm,, oleh itu, jom lah kita sama-sama muhasabah diri kita, dan bertaubat, serta beristighfar.. mungkin kita rasa kita ni dah cukup bagus, kita ni dah cukup baik, tapi sebenarnya, kita ni masih lagi dalam kealpaan..
ehh, lupa nak terangkan pasal tajuk yang saya bagi tu :)
fastabiqul khoirot adalah perkataan bahasa arab sebenarnya,, yang bermaksud berlumba lumba kearah kebaikan,, perkataan ni banyak jugak rasanya dijumpai dalam Al Quran,, :) mesej yang saya nak sampaikan melalui tajuk ni sebenarnya adalah untuk sama sama kita semua join qudwah ini,, sama sama berusaha, dan berlumba lumba ke arah kebaikan,, semua orang baik.. bagi saya, rasanya takde orang jahat pun kat dunia ni.. mereka itu sebenarnya masih belum mendapat hidayah daripada Allah s.w.t,, jadi, Alhamdulillah, bersyukur sangat2 kerana ukhti2 serta saya sendiri dilahirkan dan dibesarkan dalam keadaan baik, sentiasa mendapat pencerahan ilmu daripada orang sekelililng,,
sebenarnya tajuk tu saya dapat daripada dialog dalam buku karya Ustazah Fatimah Syahra,, yang berjudul Tautan Hati,,
alhamdulillah, terbuka hati saya untuk membaca novel islamik ini walaupun sedikit demi sedikit,, bila saya cuba fahami,
barulah saya sedar,, sebaik baik mana pun kita,, agaknya kebaikan dan ketaqwaan kita ni semua, setanding ke kalau nak dibandingkan dengan sahabat2 baginda, dengan muslimin2, mukminin2 pada zaman Rasulullah s.a.w, pada zaman kegemilangan Khulafa' Ar-Rasyidin dulu..
bagi saya lah, bagai langit dengan bumi jika dibuat perbandingan,, oleh itu, kita sebagai hamba Allah yang hina kenalah sentiasa berlumba-lumba ke arah kebaikan kan?
INGAT, SYURGA TU ''LIMITED EDITION'' je tau,, siapa paling banyak pahala, dia yang dapat masuk syurga :D hehehe
jadi, untuk tempah tiket ke syurga,, kita semua sebagai pemudi2 Islam, yang akan membangkitkan kembali Islam di mata dunia suatu hari nanti, insyaAllah :) jomlah kita sama2 berlumba-lumba ke arah kebaikan, fid dunia wal aakhirah :)
salah dan silap, keterlanjuran saya dalam berkata2 mohon ribuan kemaafan.. saya cuma ingin berkongsi dengan ukhti2, sahabat2 saya bagaimana perasaan excitednya kalau kita bermuhasabah dan menyedari kekhilafan kita, lantas cuba berubah ke arah kebaikan :) hehe,, ukhuwah fillah sahabat :D
#sama sama kita perbaiki dir , rawat rohani :)
doa taubat Nasuha :)


No comments:
Post a Comment