Thursday, 21 March 2013

Renungan Bersama,,,


Tinta ini tercoret, tatkala hati sedang diguris..tinta ini tercoret, tatkala iman sedang dirobek..tinta ini tercoret, tatkala agama sedang diejek..ya Allah, pujuklah hamba-Mu ini.. kuatkan hambaMu ini.. saat insan yang disayang menidakkan segala ajaran.. saat apa yang dilakukan keranaMu  semata, dicela dikeji, seperti dirinya tidak punya tuan.. mengapa lidahnya begitu tajam mengguris..? hatiku bisa dicaci, pakaianku bisa dihina, perwatakanku bias diulas..namun, aku tak tegar mendengar segala cemuhannya terhadap agamaku, bahkan agamanya jua, !
Dirinya berkata, aku tak punya harapan..dirinya berkata, aku tak punya masa hadapan.. dirinya berkata, aku ini telah terpengaruh, tiada apa dapat menyelamatkan,, ya Allah, salahkah hambaMu ini menuntut ilmu Al-Quran..? terpesongkah hambaMu ini mempelajari sunnah kekasihmu iaitu Rasululullah..? ya Allah kuatkanlah hati ini untuk terus bertahan,,


Aku berhasrat, andai nanti suatu saat, iman telah teguh terpahat, nafsu buruk telah dinyahkan sepenuhnya, akal berfikir secara intelektualnya, dan yang paling penting, hati telah penuh dengan hujah - hujah yang akan mematahkan kata-  kata berbisa sang hambaMu,,akan ku buktikan,,in sha Allah ,,  ya Allah, tunjukilah dia jalan yang lurus..aku sayang dia ya Allah,, aku sayang dia keranaMu,, kini, aku hanya mampu bertahan dengan mencegah kemungkaran dengan senjata selemah-lemah iman, iaitu hati,, semoga diri ini terus tabah mendalami ilmu Al QuranMu, menghayati sunnah RasulMu, dan mempunyai semangat untuk aku terus mengorak langkah, mencegah, kemungkaran itu, menggunakan lidah. Moga diri ini dapat mematahkan segala tohmahan dan cercaan terhadapku, ya Allah..


Dirinya bermadah, aku ini tiada haluan, aku ini tiada tujuan.. ya Allah, insan yang aku harapkan doanya sentiasa untukku, sanggup mengucapkan kata-kata  itu di hadapanku, bersaksikan orang ramai yang berada di sekelililing...mereka yang lain cuba membelaku, tetapi ‘’pedangnya’’ lebih tajam menangkis segala belaan mereka.. bakal doktor yang berbungkus..? apa, tidak adakah dalam ajaran Rasulullah juga dalam kalamMu tentang perintah menutup aurat..? katanya, buat apa berbungkus, sedangkan lelaki bisa juga melihat wanita sebegini seolah-olah dia tidak berpakaian. Habis, kenapa tidak semua manusia di muka bumi ini tidak berpakaian? Kenapa Allah melarang perempuan membuka auratnya? Ya Allah, betapa teringinnya aku mashi kalamMu untuk menangkis segala dakwaan itu,,


 maafkan aku Ya Allah, aku sentiasa bersama Al QuranMu, namun aku masih tidak dapat menggunakannya untuk membela diri, jua agamamu.. aku masih alpa, aku masih lemah ya Allah ..
*tinta ini dicoret oleh seorang Muslimah yang mempunyai masalah dengan salah seorang ahli keluarganya yang tidak dapat menerima perubahan Muslimah tersebut yang cuba ingin menjadikan “addinul khusnul khuluq” ( agama itu keindahan budi pekerti ).. moga tinta ini memberi pengajaran buat kita semua, dalam meniti hari-hari sebagai muslimah dengan penuh cabaran,, dan tinta ini tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang sudah meninggal dunia,, wallahua’lam,, 

No comments:

Post a Comment