Tuesday, 30 April 2013

Love Our Love :D


Assalamualaikum w.b.t
Kali ini, hamba ingin mencoret tinta setelah menyedari satu fakta..
PEREMPUAN PUNYA HATI MUDAH CAIR..!


That’s it. Perempuan, kalau lelaki tu buat baik kat dia, automatic jatuh suka kat mamat tu. Tak faham kenapa tapi inilah lumrah hati seorang perempuan yang SANGAT RAPUH... sangat setuju dengan perumpamaan tu.. hamba yang mencoret ni pun, kengkadang terleka seketika ke dunia khayalan bila ada yang buat baik.. adoi,, keras kat luar tapi dalam hati ada taman pun bahaya jugakkk !


So , kaum hawa kesayangan hamba...:)
Dah tahu kan kelemahan kita adalah hati yang diibaratkan macam eskrem .. jadi, jom kita SAMA-SAMA menjaga hati kita daripada dicairkan.. patutnya hati kita ni dicairkan buat yang berhak sahaja... ya..?


Macamana nak jaga hati? Ayat hamba selalu berulang-ulang rasanya.. mungkin dah ada topic ni dalam entry lain, tapi hambaa suka buat entry lepas hamba tersedar dari kealpaan.. kadang2 memang kealpaan itu akan kembali, tapi at least kita ingat yang kita selalu warned dengan benda2 cenggini kan..


Pada pendapat hamba dulu lah kan, nak jaga hati ni susah sangat.. sejauh mana kita elak pun, kadang kadang hati kita selalu tercair ~~~ kalau sang adam tu buat baik dengan kita kan..? kita takleh nak salahkan mereka atas kes ni, sebab takkan nak marah orang buat baik kat kita kan..?

Kadang kadang rasa menyampah sangat + nak bagi penumbuk je kat mamat tu kalau dia buat baik kat kita sampai ter-c-a-i-r ... adoilah, kang buat cenggitu tak pasal-pasal makan penampar mak ayah kang :P  hamba tengah melalut, maaf dipinta ^_^


Mungkin caranya adalah, bagi respons biasa-biasa saje,, dan terus kata terima kasih, kemudian blah dari situ kot... entahlah, hamba pun baru nak praktikkan benda ni,, jom kita sama2 buat testimony :D
Tapi, apapun,,, selalulah berdoa kepada Pemilik Hati kita semua, iaitu Allah s.w.t. supaya hati kita sentiasa dilindungi dari godaan syaitan dan perkara-perkara yang sama waktu dengannya :D
Mudah mudahan kita semua dilindungi dan diberkati Allah, in Sha Allah

nota kaki ; Hamba terfikir nak tukar cara penyampaian ,, rather than hamba yang selongkar internet cari points, lebih baik kita bermusyawarah dalam belog buruk ni kan,, at least adalah jugak saham pahala sikit bila pembaca lain baca.. so, jangan lupa kongsi idea di ruangan  comment,, jom sama-sama cari pahala dan kongsi ilmu yang ada,, jazakillahu khairan khathiira :D, :D

No comments:

Post a Comment