Tuesday, 6 August 2013

Tatkala Fitrah Sedang Diuji...

F.I.T.R.A.H
salah satu komponen kehidupan yang melengkapkan manusia
tanpa fitrah, rosak manusia
namun, dengan fitrah, rosak juga manusia
bagaimana..?


setiap makhluk diciptakan Tuhan dilengkapkan dengan fitrah. Fitrah menerbitkan bakat dan keupayaan semulajadi yang membolehkan setiap kejadian itu terjadi menurut peraturan fitrahnya. Dan di antara semua kejadian, manusia telah diciptakan dengan fitrah yang paling sempurna kerana manusia berkewajipan memerintah dan mentadbir di muka bumi. Fitrah perasaan terutamanya, menjadikan manusia sebuah penciptaan yang unik dalam kalangan seluruh penciptaanNya. Itulah berutungnya manusia punyai fitrah sempurna disisiNya.. Bersyukurlah sahabat :)


namun, rata-rata manusia hari ini, sanggup merosakkan diri dengan anugerah fitrah itu.. bagaimana?
punya perasaan, namun tidak menguruskannya dengan proper way. punya fitrah, namun tidak mampu mentadbirnya hingga memakan diri.. contohnya, fitrah perasaan marah, tidak mampu mengawalnya hingga berlaku pergaduhan ummah..fitrah perasaan kecewa, tidak mampu mengawalnya hingga melakukan perkara yang lari dari landasan ajaran Islam seperti bunuh diri..beginikah cara kita menunjukkan syukur kepada Allah kerana diberi anugerah fitrah ini..?


Fokus saya untuk entry kali ini adalah fitrah antara lelaki dan perempuan.. secara kasarnya, inilah fitrah yang paling tidak mampu dikawal oleh manusia pada hari ini. Masakan tidak, lelaki dan perempuan diciptakan ibarat magnet, saling tertarik.. semua mukmin yang soleh dan solehah perlu satu pertahanan iman yang kukuh sebagai benteng kepada penyalahgunaan fitrah ini :)


Saya selalu teringatkan kata-kata ummi pujaan saya, Ustazah Fatimah Syarha Mohd Noordin, katanya, di dunia realiti, urusan antara lelaki dan perempuan tidak dapat dielakkan. Latihlah diri agar urusan itu berjalan dalam suasana yanh terhormat dan tinggi, selamat dan profesional. Berurusan dengan menjaga batasan. Berurusan secara manusiawi. Bila perlu senyum, senyum. Bila perlu bantah, bantah. Moga kita semua mempraktikkannya :)



Yakinlah bahawa batasan pergaulan yang Islam gariskan ini, banyak kebaikannya. Ia bukan sahaja memelihara kehormatan, bahkan juga melindungi daripada punca-punca keretakan, keruntuhan, dan kebimbangan. Ia juga memelihara masyarakat daripada kebinasaan. Indahnya Islam :)

Sekadar berkongsi, saya merasakan kehidupan hari ini semakin mencabar. Terkadang, saya makin hairan dengan diri sendiri. Setiap kali berurusan, ada perasaan berdebar-debar. Ada rasa malu yang menyeruak dada. Ada rasa ingin menjarakkan diri. Ada rasa ketertarikan yang sungguh misteri untuk dimengerti. Saya pasti, hampir semua insan yang bergelar manusia, khususnya para remaja dan belia seperti saya, merasai perasaan ini. Seperti yang saya katakan tadi, lelaki dan perempuan ibarat magnet. Saling tertarik. Lelaki dan perempuan ibarat bunga dan kumbang. Saling memerlukan. Tatkala perasaan itu hadir, kita sepaptutnya terus  bertanya pada hati dan iman, ADAKAH FITRAH CINTA YANG SEDANG DIUJI..? PERLUKAH SAYA MELAYAN FITRAH INI...?


Seperti yang dipesan oleh Ustazah Fatimah Syarha, istighfar adalah ubat terbaik untuk menguruskan fitrah. Jika fitrah itu tidak diurus, nescaya ianya akan mudah bertukar menjadi fitnah. Perasaan itu memang ajaib, sahabat. Fitrah itu memang ajaib. Namun, perlukah kita membiarkan hati berangan-angan? Bagaimana kita sepatutnya menguruskan fitrah itu? Alhamdulillah, nikmatnya istigfar :)


Kata Ustazah Fatimah Syarha lagi, sedarlah bahawa setiap dosa besar itu bermula daripada dosa kecil. Setiap jenayah anggota bermula daripada dosa hati. Tidak hairanlah Rasulullah SAW dan para sahabat salafussoleh amat berhati-hati menjaga hati dengan memperbanyakkan istighfar, sedangkan mereka bukanlah ahli dosa. Astaghfirullah, kerdilnya aku, hinanya aku kala ini Ya Allah. Lindungilah hati-hati kami Ya Allah. Ampunilah dosa-dosa kami Ya Allah.



Bagaimana ingin menguruskan fitrah ini selain beristighfar..?
Ajar Ustazah Fatimah Syarha, jadikan majlis ilmu sebagai satu hobi. Yakinlah bahawa dengan menghadiri majlis ilmu, ianya menyebabkan kita tiada masa berfikir untuk berpacaran atau untuk berhibur. Aktifkan diri dalam persatuan, ianya juga dapat menghindarkan kita dari mengingati fitrah ini selain dapat menggilap bakat kepimpinan kita. Tidak lupa juga untuk menghidupkan surau dan kendalikan majlis ilmu di sana. Mungkin salah satu option ini boleh menjadi cara terbaik untuk kita semua menguruskan fitrah daripada menjadi fitnah :)


Akhir kata, ingatlah ya akhowat wa ikhwan,
        ~ siapa pun dia, di mana pun dia berada, 
                  SELAGI KITA SETIA,,, DIA JUGA AKAN SETIA... ~



ingatlah sahabat , SIAPA SOLEH DAPAT SOLEHAH.. BEGITULAH SEBALIKNYA :)
# jom jadi solehah ! :D

credits to :
-Ustazah Fatimah Syarha bt Mohd Noordin for the inspirational book, Cinta High Class :)
-Semua orang sekeliling, telah mengajar banyak erti kehidupan :) terima kasih :)


No comments:

Post a Comment