Wednesday, 26 November 2014

Cerpen : Terima Kasih Atas CintaMu

“Arghhhhhhhh !”

Percikan darah merah mengenai mukaku. 

Kelihatan sahabatku, Amili sedang menggelupur kesakitan akibat terkena peluru sesat yang dilepaskan oleh salah seorang daripada mereka. Kini, pengganas-pengganas itu memaparkan kekejaman mereka dengan menghala senapangnya ke arah penduduk yang lain lalu menembak sesiapa sahaja yang bernasib malang. Semua orang lari bertempiaran menyelamatkan diri tanpa menghiraukan orang lain di sekeliling mereka.

Aku terpaksa meninggalkan Amili yang semakin tidak berdaya. 

Ya, tiada sesiapa yang mampu membantu kami saat ini. 

Aku berlari sekuat hati mencari tempat perlindungan sambil memerhatikan pengganas-pengganas yang sedang berkeliaran, agak jauh dari tempat aku bersembunyi kini.

Aku harus pulang ke rumah dengan segera. Perasaan sedih, takut, gentar, dan hampir berputus asa menyelinap ke dalam hati menjadi satu. Memikirkan keadaan ibu, ayah dan adik-adik serta ahli keluarga yang lain di rumah menguatkan hati aku untuk terus berlari kencang tanpa menoleh ke kiri mahu pun ke kanan. 

Alhamdulillah, aku selamat tiba di rumah. Dengan terus menyelinap masuk melalui pintu belakang rumahku yang agak tersorok daripada pandangan pengganas-pengganas bersenjata itu, aku terus terduduk dan melepaskan sebuah keluhan berat. Airmata perlahan-lahan mengalir dari tubir mata yang semakin kuyu ini.

“Apakah dugaan ini dugaan terbesar yang terpaksa kami tempuhi di Kota Metropolitan ini? Apakah ini sebuah balasan yang Allah turunkan atas kejahilan dan kemungkaran yang telah dilakukan oleh hampir semua rakyat negara ini sejak bertahun-tahun dahulu lamanya?         
Ya Allah, tunjukilah aku jalan yang lurus..”, doaku sambil mengesat pelupuk mata yang masih bersisa dengan airmata.

Kota Metropolitan, dahulunya sebuah negara yang pesat meembangun, suasana yang aman dan damai, serta pelbagai kemudahan yang serba canggih dicipta di negara ini. Negara ini telah melahirkan ramai cendekiawan yang hebat di persada dunia. Kota Metropolitan, sebuah negara yang bebas perang, aman damai dan rakyatnya hidup dalam suasana yang harmoni walaupun berbilang bangsa. Semua rakyat di negara ini memeluk agama yang satu, iaitu Islam.

Namun, benarlah sabda Rasulullah s.a.w sebelum ini, 

Diriwayatkan daripada Thauban ra, bahawa Rasulullah SAW bersabda, 

"Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama."

Maka para sahabat r.a. pun bertanya, "Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat? "

Sabda Baginda SAW: "Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut."

Sahabat bertanya lagi, "Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?"

Jawab Rasulullah SAW, "Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al - Wahn."

Sahabat bertanya lagi, "Apakah itu al-Wahn?"

Rasulullah SAW bersabda: "Cintakan dunia dan takut akan kematian."


Pemuda-pemuda Islam di Kota Metropolitan ini khususnya, sentiasa melakukan kemungkaran kepada Allah s.w.t.  Mereka sangat jahil dalam melaksanakan hukum Allah, sehinggakan tiada lagi masjid dan tempat ibadah yang berdiri di bumi Kota Metropolitan ini. Semuanya sudah diruntuhkan dan dibinanya pusat-pusat hiburan di sana sini. Rakyat Kota Metropolitan hidup dalam keadaan mewah dan lupa akan tempat asal mereka iaitu di sisi Allah s.w.t.

Keharmonian negara ini tidak lama. Kedatangan pengganas-pengganas Barat yang cuba menakluk negara ini telah merobohkan keamanan negara ini. 

Rakyat diseksa dan ditindas. 

Ada yang dibunuh secara kejam.

Pemuda-pemuda dipenggal kepalanya hingga terpisah daripada badan.

Ibu-ibu yang mengandung ditembak berkali-kali di bahagian perut mereka, sehingga mengorbankan nyawa mereka dan kandungannya.

Kanak-kanak dan wanita diperkosa dengan rakus di hadapan ayah dan suami mereka sebelum dibunuh secara kejam.

Rumah-rumah diceroboh begitu sahaja dan ahli keluarga yang berada di dalam rumah tersebut, ditembak berkali-kali di bahagian kepala sehingga tiada lagi keluarga mereka yang hidup di rumah tersebut.

Suasana menjadi begitu seram dan kelam. 

Bunyi das tembakan di merata-rata tempat. 

Tumpahan darah menjadi hiasan di jalanan.

Mayat-mayat bergelimpangan di merata-rata tempat.

Airmata mengalir lesu, laju menuruni pipiku yang cengkung. Ya, tiada apa yang dapat membantu negaraku kini. Tiada lagi peralatan canggih yang dicipta. Tiada lagi pemimpin-pemimpin yang sanggup membela. Tiada lagi pasukan-pasukan yang mampu menjaga. Hanya mengharapkan Sang Pencipta untuk memberi sedikit pertolongan.

Masih berharap. 

Ya, aku masih ada Dia !

Tangisan adik kecil mematikan lamunan panjangku. Segera dilap airmata yang tidak henti-henti mengalir sebelum terus menapak dengan laju ke ruangan keluarga, tempat di mana ahli keluargaku berkumpul dan menyorok untuk keselamatan diri. Airmata yang cuba berhenti kembali mengalir apabila melihat ayah dan ibu memeluk adik-adikku dengan erat.

Di satu sudut, kelihatan datuk dan nenek tidur berpelukan, sepertinya mereka akan dipisahkan dengan kejam sebentar nanti. Airmata merembes keluar dari tubir mata masing-masing, menyebabkan airmataku semakin galak menuruni wajahku.

“Ibu, ayah, izinkan Along solat sebentar di bilik. Along ingin menyerahkan diri kepadaNya. Along ingin memohon keampunan bagi diri Along, keluarga kita juga bagi pihak seluruh rakyat negara ini, yang telah lama mengkhianati hukumNya serta melupai siapa itu Sang Pencipta. Izinkan sebentar, ya bu, ayah..”

Aku menundukkan pandangan ke lantai usang rumah kami kerana tidak sanggup melihat mata ibu yang memandang aku penuh kesayuan bersama kerutan kerisauan yang dipamerkan.

Namun, aku melangkah akhirnya setelah ayah menganggukkan kepalanya tanda bersetuju.

“Tindakan Along itu bahaya, nak. Pengganas-pengganas itu akan masuk ke rumah kita pada bila-bila masa sahaja. Ayah tidak mahu berjauhan dengan Along pada waktu itu.. Namun, jika itu sahaja dapat menenangkan hati Along, pergilah. Ayah izinkan.”

“Terima kasih, ayah, ibu. Along solat sekejap sahaja..”

Baru sahaja memakai pakaian solatku, terdengar jeritan ibu sayup-sayup kedengaran. Aku berlari keluar dan hampir gugur jantungku melihat senapang yang dihalakan tepat di kepala ayah.

Tanpa berfikir panjang, aku berlari sekuat hati ke arah pengganas tersebut dan cuba menghalangnya.
Dia mengalihkan senapangnya lalu menghalakannya tepat di kepala aku. Aku menutup mata dengan begitu rapat sambil berdoa agar Allah membantu aku dan keluarga.

Setelah lafaz dua kalimah syahadah dilafazkan,,
BANG!!!


“Allahu Akbar Allahu Akbar”
Aku bangun terduduk. Kedengaran suara bilal melaungkan azan di surau di belakang rumahku. 

Astaghfirullah, aku bermimpi rupanya tadi. Lafaz syukur diucapkan tidak henti-henti kerana mimpi tadi bukannya kenyataan. Kulihat jam di dinding. MasyaAllah, sudah masuk waktu Maghrib. Aku bergegas masuk ke dalam bilik air untuk mengambil wudhu’ lalu terus menunaikan solat Maghrib.

Selepas itu, dua rakaat solat sunat Taubat aku iringkan dengan sujud yang penuh syahdu.

Ya, mimpi tadi seolah-olah hidayah yang ingin Allah tunjukkan kepadaku. Mimpi tadi seolah-olah ingin membuktikan sesuatu.  

Aku hanya ada Dia ! Tiada yang kekal abadi di dunia ini. Semua ini hanya persinggahan sementara. 

Setiap yang hidup pasti akan merasai kematian dan kembali kepadaNya. 

Sang Pencipta hanya menghantar kita sebentar sahaja di dunia ini, untuk kita semua menjalani ujian keimanan dengan pelbagai cara tersendiri. Ada yang mampu melangkah dengan ujian keimanan ini, namun akhirnya tersungkur menyembah bumi keimanannya, sebelum mengadap Ilahi. Ada yang diselubungi kejahilan, namun akhirnya, Allah memberi cahaya hidayah sebelum Malaikat Maut datang menjemput.



Kita hanya mampu merancang, namun Allahlah sebaik-baik perancang. Hargai setiap hidayah yang Allah berikan. Solusi setiap ujian yang Allah timpakan. Renungi setiap kebaikan yang Allah tunjukkan. Teladani setiap keburukan yang Allah selitkan.

Sebaik mana pun kita, kita masih perlu memilih cara kematian kita. Doakan husnul khatimah, tidak menginginkan Suul Khatimah. Doakan mati dalam kebaikan, tidak menginginkan mati dalam keburukan.



Sama-sama muhasabah, InsyaAllah.

Yang benar,
Seorang hamba yang hina.

2 comments:

  1. I like this blog. I hope one day I will jupa with tuan punya blog....

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete