harta benda..?
kesenangan dunia...?
Adakah anda rasa, Allah beri ini semua kerana Dia sayangkan anda..?
Cuba kita renungkan kembali..
"Dia tu, siang malam pagi petang asyik ke masjid aje,, tapi basikal pun tak mampu dibelinya.. Lihatlah aku, trip ke kelab malam every night punn, naik kereta mewah, apa..? Tak payahlah nak beribadat sangat, rezeki Tuhan tu melimpah-ruah,, Kalaulah dia buat ibadah sikit je, tentu dia pun ada masa lebih untuk dapat semua kesenangan ni,,", kata hati dengan penuh angkuh dan sombong.
![]() |
| gambar hiasan |
Inilah dia, manusia Istidraj, manusia yang sememangnya lupa daratan !
Mereka lupa, siapa Pencipta mereka.
Mereka lupa, siapa yang memberi semua itu kepada mereka.
Mereka lupa, bahawa mereka ini adalah hamba yang hina.
Walaupun sedang melakukan maksiat, mereka merasakan Allah masih menyayangi mereka, dengan mengurniakan segala kebahagiaan dan kesenangan. Dan tidak cukup dengan itu, mereka malah memperkecilkan orang yang beramal kepadaNya.. *astaghfirullah
Eheh. Saudara, tak terasa ke, satu fakta di sini ialah, sebenarnya,
kadang-kadang, Allah mengurniakan kita dengan nikmat yang tidak berhenti,
dengan tujuan.....
untuk menguji kita...
Adeh. Terasa pijar pipi.
Lihat, Rasulullah s.a.w juga pernah bersabda, "Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambaNya yang selalu membuat maksiat ( durhaka ), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah S.W.T" ( Riwayat At- Tabrani, Ahmad & Al - Baihaqi )
nota kaki : Istidraj bermaksud pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberianNya itu tidak diredhai..
*Gulp
Lihat pula contoh ini. Firaun. Nikmatnya tak terkira banyaknya. Tidak pernah sakit, bersin pun tidak kerana Allah kurniakannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak. Orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati jugak, sampai rasa angkuh dan bangga diri lantas mengaku dirinya Tuhan. Tetapi,,, dengan nikmat itu jugalah Allah membinasakannya...
Mahukah kita menjadi Firaun Junior abad ini..?
Mata tiba-tiba rasa panas.
Haa, mesti semua blurr, kan,, apa kaitannya dengan kita sebagai students ?
Cuba kita fikir balik,
adakah...Allah bagi kita result gempak tu, menunjukkan Allah sayang kita...?
dan adakah,,, result yang tak berapa nak "boom" tu,, menunjukkan Allah taksuka kita..?
Angkat jari telunjuk. Gerakkan ke kiri, ke kanan dan ke kiri sekali lagi. Haa cenggituu
Dapatkah anda "detect" apa yang saya cuba nak kasi tahu ni..?
pelajar A yang buat macam-macam perangai, takhormat murabbi, ponteng kelas, tak ikut peraturan, tapi dapat result yang class gituhhh
pelajar B yang study bukan main lagi, jalan tunduk je depan ostad ostazah, bangun tahajjud, akhlak mantop,,tapi result hampehh...
mana yang lagi baik, ? mana yang menjadi pilihan anda..?
#muka blur macam malas nak pikir je....
kadangkala, Allah simpan kejayaan buat kita sebab Dia akan kasi yang lagi superr nanti, bila kita betul-betul memerlukan.. dan kadangkala,, kejayaan sementara itu hanyalah sebagai kayu ukur, adakah individu itu bersyukur atau tidak dengan nikmat yang diperoleh,,,lagi teruk kalau individu tersebut bukan sahaja tak bersyukur, bahkan telah menukar nikmat Allah itu totalnya menjadi Istidraj.. *nauzubillah...
Lagipun, sabarlah, bagi mereka yang berusaha,, bukankah Allah dah menjanjikan ganjaran buat mereka yang berusaha..? dan bukankah Allah memberi ujian sebagai bukti chenta Dia kepada kita ?
*sedangkan Nabi Muhammad s.a.w kekasihNya juga diuji dengan seberat-berat ujian....
Nanges. Sambil Senyum. Wahai.
Jadi, ingatlah, hidup kita hanya untuk mencari keredhaan Allah.
Kata Akhi Hilal Asyraf, hidup ini adalah satu kembara.. Kembara mencari sinar cahaya..
Namun, bagaimana untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah?
Seseorang akan dapat menyedari hakikat sebenar tentang nikmat yang diterimanya itu apabila dia bersyukur dengannya. Dia juga akan menggunakan nikmat itu ke jalan kebaikan dan sentiasa redha, ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka, lengkaplah kehidupan kita dalam pencarian redha Allah yang menjadi idaman para mujahidin.
Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang-orang yang bersyukur :)
#credits to : http://peribadirasulullah.wordpress.com/2009/08/15/maksud-istidraj/
#credits to : http://peribadirasulullah.wordpress.com/2009/08/15/maksud-istidraj/
.jpg)



.jpg)



Nice entry yow. btw, semoga kita semua tidak tmasuk dlm golongan yg mendapat istidraj Allah ni, insyaAllah. Cara penulisan macam Inche Gabbana la, hehe. Thumbs upp ukh ;)
ReplyDelete