Apabila datangnya satu teguran,,,
akan ada tiga jenis kumpulan...
Pertama, kumpulan yang akan menerima teguran itu. Walaupun mereka bukanlah pesalah yang sepatutnya menerima teguran, namun mereka akan ambil khasiatnya.
Kedua, kumpulan yang tidak kisah langsung. Walaupun pada hakikatnya mereka sudah terkena 'tamparan' daripada teguran tersebut, namun lagaknya macam tidak ada kena-mengena langsung dengan teguran tersebut.
Ketiga, kumpulan yang akan membaling teguran itu ke arah lain dan akan 'menembak' si penegur pula. Contoh, apabila seorang pengawas ditegur, dia lantas berkata, "Eh, pelajar biasa lagi teruk. Kenapa tidak ditegur mereka dahulu..?"
Di mana kita semua berada..?
Terasa tak pipi tibatiba rasa pijar. Eheh.
Akh Hilal Asyraf, memfokuskan artikel beliau dalam buku motivasi " Batu- Bata Kehidupan", dengan golongan yang ketiga, bagaimana mereka sepatutnya mengambil teguran yang dilontarkan.
Peringatan Itu Baik Buat Mukmin :)
Allah s.w.t menggesa orang beriman untuk memberi peringatan.
Dan, sebagai seorang yang beriman, sepatutnya kita lebih terbuka untuk menerima teguran.
Memandang kepada teguran itu sebagai sebuah penambahbaikan untuk diri kita yang sememangnya tak pernah perfect. Walaupun bukan ditujukan untuk dirinya.
Ini kan pula kalau memang di'aim'kan tepat mengenai hidung dirinya.
Ingat, kata Akhi Hilal Asyraf, jika kita orang beriman, setiap teguran pasti ada manfaatnya.
Apabila Teguran Datang....
Apabila teguran datang menyentuh kita, apa perkara pertama perlu kita buat?
Ya, kita perlu bertenang. Cuba nilai kembali apa yang ditegur.
Apakah benar teguran yang dilontarkan?
Jika benar, terimalah teguran itu dengan rasa rendah hati, dan bergerak melakukan perubahan positif.
Itu lebih indah kan, berbanding melenting tak menentu, siapa pun tidak mendapat faedahnya, kecuali nafsu kita yang bersorak riang, kerana berjaya melepaskan perasaan marah dan malu yang meluap dalam dada.
Nak melenting? Nak hentam balik si penegur?
Toleh ke kanan dan ke kiri lajulaju :)
Jika kita beriman, maka walaupun teguran itu 'salah parking' , kita akan fikir bahwa ianya mesti memberi manfaat kepada kita walaupun sedikit.
Hikmah is everywhere, kan? Percayalah, Allah takkan takdirkan penegur tu salah parking kalau takde hikmahnya... :)
Ya, lontarkan teguran kepada orang lain.
Itu yang kita lakukan apabila ada teguran yang datang menyentuh kita, dalam keadaan kita berasa diri kita 'lebih bagus' daripada orang lain.
Persoalannya, adakah yang tidak menutup aurat itu, tidak dinasihati oleh beliau? sudah tentu ya :)
Perasan tak, teguran itu datang kerana si pemakai tudung tadi merupakan salah satu 'ikon' kepada masyarakat dalam hal menutup aurat, bahkan boleh menjadi 'penarik' kepada yang tidak menutup aurat kepada mula menutup aurat.
Kalau mereka yang memakai tudung ini pun tak memenuhi syarat sebenar dalam Islam, bagaimana mahu dicontohi mereka yang tidak diberi hidayah lagi untuk menutup aurat..? Boleh jadi mereka akan menjadi 'penghadang' untuk mereka yang berniat untuk menutup aurat. Mereka akan berkata begini, "Alah, yang pakai tudung pun nampak leher, baik takpayah pakai terus". Nampak?
Mata rasa macam masuk habuk je..
Terbuka Dengan Teguran.. :D
Apabila orang menegur, kita lihat dahulu tegurannya. Memang bukan semua teguran kita terima sahaja. Namun, tidak perlulah bising pun sekiranya teguran itu bukan sepatutnya diberikan kepada kita.
Contoh, sekiranya anda dituduh mencuri, sedangkan anda tidak.
"Anta silap rasanya, ana tak mencuri. Tapi, terima kasih atas teguran itu :) "
Apa salahnya? Tapi kalau tak bersangkut-paut dengan maruah, kalau tersilap pun, apa kurangnya kalau kita diamkan sahaja dan mengambil manfaat?
Lebih-lebih lagi kalau teguran itu memang kena pada batang hidung kita.
Kenapa pula nak menghalakan teguran itu kepada orang lain?
Bagaimana agaknya kita hendak mengambil pengajaran..?
Moga kita semua dapat menerima teguran yang diberi dengan hati yang terbuka selepas ini, insyaAllah :)
credits to Akh Hilal Asyraf :D




.jpg)
No comments:
Post a Comment