Memohon petunjuk dan pertolongan, dan menaruhkan harapan agar diampunkan dosa silam.
Manusia. Apabila didatangkan ujian, hanya tahu mengeluh dan merungut. Firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud,
"Sesungguhnya manusia diciptakan suka mengeluh. Apabila dia ditimpakan kesusahan dia berkeluh-kesah. Dan apabila mendapat kebaikan (harta), dia menjadi kikir."
-surah Al-Ma'arij, ayat 19-21-
"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan"
Diulang dua kali. Di dalam surah yang sama. Tidakkah kita menyedari sesuatu, Allah telah menjanjikan kemudahan di setiap kesulitan yang Dia kirimkan kepada kita. Maka, kenapa kita, sebagai makhlukNya yang hina, yang hanya tahu meminta daripadaNya namun jarang sekali memberi, masih lagi mempersoalkan ketidakadilan Allah kerana menghantar ujian kepada kita?
Ujian itu datang diiringi dengan sejuta hikmah oleh Allah buat kita. Tidak percaya? Cuba kaji.
Benteng iman kita terbukti kukuh, kesabaran kita terbukti kental, kehambaan kita terbukti wujud dengan penuh istiqamah, dan InsyaAllah, keredhaan Allah itu terbukti pasti. Indah kan? Wahai.
Subhanallah, kerana indahnya hikmah itu, menunjukkan betapa besar kasih sayang Allah kepada hambaNya yang sabar.
Adakalanya pula, Allah datangkan ujian untuk menyedarkan kita dari kealpaan. Menghapuskan kafarah-kafarah dosa yang lalu. Maka jika kita mampu mentafsir dan mengetahui keindahan hikmah di sebalik ujian itu, sudah tentu kita akan melafazkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah kerana masih sayangkan makhlukNya yang bersalut dosa ini. Masih sudi memperingatkan kita walaupun kita lupa kepadaNya.
"Agar Kami jadikan (peristiwa itu) sebagai peringatan bagi kamu, dan agar diperhatikan oleh telinga yang mahu mendengar "
- surah Al-Haqqah, ayat 12 -
Subhanallah, kerana indahnya hikmah itu, sesiapa yang memperolehi ujian, takkan merungut, malah bersyukur !
''Segala takdir,, terimalah dengan hati terbuka,
Walau tersiksa,, ada hikmahnya..
Harus ada rasa bersyukur, di setiap kali ujian menjelma...
Itu jelasnya membuktikan, Allah mengasihimu setiap masa...
Diuji tahap keimanan, sedangkan ramai lagi yang dilalaikan..
Hanya yang terpilih sahaja, antara berjuta mendapat rahmatNya.. "
- Rahmat Ujian, Mestica -
Jom muhasabah, koreksi diri. Ujian sebagai sebuah hikmah yang sangat indah. Namun, apa kita bersyukur dengan kehadirannya, atau sebaliknya? Fikirkanlah seketika. Moga tabah dengan ujian dunia sementara :)
#6thMarch2014





No comments:
Post a Comment