"Aku sayang mereka. Mengimpikan sebuah ukhuwwah persahabatan yang terbina atas dasar keimanan, hingga ke syurga."
Pasti impian ini, sudah lama tersemat dalam sekeping hati seorang sahabat yang cintakan sahabatnya kerana Allah semata. Namun, bagaimana aplikasinya?
Sekali lagi hati terubat apabila menyelami formula persahabatan berlandaskan keimanan oleh akh Hilal Asyraf :) mungkin sebelum ini, formula ini belum ku temui dan erti persahabatan yang hakiki, belum ku selami. Namun, doakanlah diri ini, untuk berubah ke arah yang lebih baik, demi sahabat yang aku sayangi, hari demi hari. Moga masih ada peluang buat diri ini, menjadi seorang yang boleh dipanggil sahabat, oleh seseorang.. Amin..
Hargai seorang sahabat. Jangan sia-siakannya. Jangan lukakan hatinya. Jangan hitung secebis kesalahan yang dia lakukan namun lihatlah sejuta kebaikannya pada kita. Jangan pertikaikan apa yang dia lakukan kepada kita, kerana semua itu adalah untuk mengajar kita menjadi hamba.
Banyak iktibar yang dapat aku kutip.. Benarlah kata orang, pengalaman itu adalah teguran yang terbaik,, namun selalunya, teguran itu datang terlalu lambat.. Doakan diri ini supaya mampu berubah menjadi seorang sahabat yang lebih pandai menjaga sahabatnya, bukannya menyakiti..
#andainya dapat aku memperbaharui persahabatan seperti Hilal Asyraf dan sahabatnya... akan ku lakukannya setiap hari...


No comments:
Post a Comment