Friday, 3 May 2013

Nak Pergi Sana ... !!! T_T

assalamualaikum
kali ni nak bebel lagi, ( makcik ni bebel je kerjanya,,, ) -_-
sekarang, ada Pesta Buku Antarabangsa kat KL...
saya yang duduk kb ni, dah macam cacing kepanasan nak pergi..
yelah, kat sana mesti buku murah2 kalau nak borong :(
huhu,,



lagi rasa macam nak nangis bila kengkawan yang duduk kat area tu, semua duk post kata nak pergi sana,,, geram sangat, kalau lah dapat ku terbang ke sana :(
nasib baikla tadi, ada seorang sahabat saya yang post kata nak pergi pagi esok,,
apa lagi, terus kirim buku kat dia, 
dan dia bersetuju untuk membantu saya yang kejauhan ni !
( YES ! )

Nak tahu tak, buku apa yang saya memang nak gila-gila ni ..? 
haa... ni buku yang saya kirim 
:D

seindah mawar berduri by ustzh fatimah syarha 
sedikit tentang buku ni :D
~Khazinatul Asrar…khazanah kerahsiaan.

Seorang gadis yang menyimpan rahsia kesucian hati yang takut dan cinta pada Ilahi di sebalik tabir aurat yang menghijab diri. Dia menjadi siulan ramai lelaki namun falsafah cinta yang dipegangnya menyebabkan dirinya tidak mudah untuk dimiliki. Dia tetap teguh dengan falsafahnya biarpun didatangi dugaan cinta silih berganti.

Khazinatul Asrar mendapat keistimewaan itu kerana rahsia falsafah cintanya pada Ilahi. Cinta yang kudus dan suci.Kehebatan falsafah cintanya itu menyebabkan banyak kumbang yang akur tewas. Mereka tak terdaya menempuhi ranjau dan duri sepanjang perjalanan untuk menyunting mawar idaman. Apakah sebenarnya falsafah cinta Khazinatul Asrar?

Adakah cintanya semata-mata untuk Ilahi lalu meminggirkan lelaki?

Kenapakah ramai kumbang yang tercabar untuk memiliki si mawar yang sedang mekar di Taman Larangan itu? dan banyak lagi persoalan yang perlu diterokai….

Akhirnya muncullah si jejaka pilihan Allah S.W.T buat si mawar berduri, menyingkap seribu satu rahsia kesucian hati di sebalaik tabir cinta Khazinatul Asrar. Bagaimana Khazinatul Asrar akhirnya dimiliki?

Siapakah sang kumbang itu yang berjaya mencari penawar bisa duri wardah?

Yang pasti, novel ini menghidangkan kebenaran janji Allah yang termaktub dalam surah An-Nur, "WANITA YANG TOYYIBAAT ITU UNTUK LELAKI YANG TOYYIBUUN…"

Sucinya cintamu Khazinatul Asrar, seindah mawar berduri…

FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN

Bingkisan tinta ini ditujukan istimewa buat mereka yang mencari kejernihan redho Ilahi dalam percintaan…
Buatmu…PENCARI CINTA SEJATI, CINTA YANG ABADI...
Terimalah….

SEINDAH MAWAR BERDURI…

duhai teman sejatiku by ustzh fatimah syarha 
sedikit tentang buku ni :D
Buku comel yang sarat dengan santapan rohani buat teman sejati nukilan Fatimah Syarha sangat menyentuh hati. Walaupun diulang-ulang tidak terasa jemu, seolah-olah teman sejati berkata-kata denganku. Apa yang tercatat di dalam buku ini juga turut terkandung dalam novel ”Tautan Hati” nukilan sahabiah yang daku cintai, Fatimah Syarha. Ana petik secebis doa yang tercatat buat semua teman sejatiku di luar sana. Teman sejati yang sentiasa dirindui dan diingati...


"Ya Allah
Tatkala bahang Mahsyar-Mu
Menjilat Tubuh
Izinkan kami sama-sama berteduh
Tatkala mizan-Mu teliti mengira
Beratkan neracanya atas setiap jasa
Naungi kami di sana
Berkat kasih kerana-Mu semata
Andai kulayak ke syurga
Ku pinta dia bersama.”

simfoni cinta by hilal asyraf 
buku ni pulak kumpulan cerpen :D
hope i'll enjoy all of them 
thanks sahabat tolong belikan :D

___________________________ KEESOKAN HARINYA _________________________________

pagi tadi izzah mesej, kata :
faiqah, buku yang ko tempah semua dah habis.............

ME...?




tapi takpelah, saya juz kirim buku yang ada sahaja....
by hilal asyraf : langit Illahi ngan Kembara Hamba Mencari Cahaya
by Ustzh Fatimah Syarha : cinta high classs ( wpun da baca ) 

2 comments:

  1. comey belog ni.. work hard faeqah, PMR juz around da corner.. ^^

    ReplyDelete
  2. thanks :D haha, terima kasih mengingatkan
    #nama salah eja :D

    ReplyDelete