aku turun dari motosikal Tok Bah, membantunya untuk membuka pintu pagar Masjid Kamil Hassan yang masih gelap tanpa pengunjung..
seketika, motosikal diparkir,, kami menuju ke pintu utama masjid, cuba untuk membuka pintu masjid yang ternyata berkunci... sedang aku mencari sehelai sejadah, untuk solat sunat Tahiyatul Masjid di serambi masjid, kelihatan Tok Bah sedang menghampiri kelibat seseorang sedang tidur di bucu tangga masjid..
![]() |
| gambar hiasan |
*dalam loghat kelate mereka...
Tok Bah : Assalamualaikum nak,, kenapa tidur kat sini..? bukan ke anak berdua ni cucu arwah Haji Mustapha..?
Budak 1 : waalaikumussalam tuk,, betul, kami cucu Haji Mustapha. Kami.....Kami... tidur kat sini sebab...sebab..... Ayah Su pukul kami, masa atok kami masuk hospital minggu lepas...
Tok Bah : habis tu, dah berapa lama tidur sini..? Atok meninggal baru ni tak balik rumah ke..?
Budak 2 : tak....kami tumpang rumah kawan kat hujung kampung sana,, malam tadi baru datang sini, nak berteduh.. kami nak tengok atok...#keadaan menangis# tapi takut ayah su pukul lagi..
Tok Bah : #sebak# takpe nak, pergi la balik,, mak long, ayah long, semua ada kat umah atok tu,, balik ye..
Budak : terima kasih atuk,, insyaAllah..
Budak dua orang tu adik beradik kak,, baya kakak jugak, diaorang tu anak yatim, ayah diaorang, anak Haji Mustapha si Badrul tu, dah meninggal dunia tahun lepas... mak diaorang dah menghilang entah ke mana sejak ayah diaorang meninggal... arwah Haji mustapha yang menjaga diaorang.. minggu lepas, Haji Mustapha diserang penyakit jantung dan terpaksa dikejarkan ke IJN kat Kuala Lumpur sana, sebab penyakit dia tu takde pakar kat sini.. buat pembedahan, terus meninggal dunia *Innalillahi Winnailaihi Raajiuun..* masa arwah Haji Mustapha masuk wad, budak berdua tu lunyai kena pukul dengan bapak sedara dia yang penagih dadah tu.. diaorang lari dari rumah sebab tak tahan... kesian diaorang, atok diaorang meninggal pun takut nak pergi tengok....
moral of the story : bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang.. jangan asyik mengeluh dengan ujian yang datang,, kerana sesungguhnya, apalah ujian yang kita terima jika dibandingkan dengan mereka yang lain.. terima kasih ya Allah, beri kami peluang untuk mensyukuri nikmatMu...



No comments:
Post a Comment