after a long period of time, tak update entry,,
kali ni nak story tentang salah seorang sahabat Rasulullah yang harus kita jadikan teladan, pengajaran buat diri yang memang selalu lupa ini..
kisah ni saya dengar di tempat saya menuntut ilmu duniawi dan ukhrawi selama sebulan iaitu di Pusat Bimbingan Ilmu Masjid Al - Amin :) memang banyak sangat ilmu yang saya perolehi,, dan insyaAllah ilmu yang berguna ini akan disebarkan supaya murabbi-murabbi saya di sana mendapat syafaat, insyaAllah :)
hmm,, ayuh kita semua habiskan sedikit masa untuk menyelami kisah seorang sahabat Rasulullah yang telah menjadi kufur setelah mengecapi kekayaan,, moga kita semua mengambil pengajarannya :)
Suatu hari Rasulullah s.a.w sedang bersolat bersama para sahabat Baginda. Di antara deretan sahabat di belakang Rasulullah, kelihatan seorang yang kusut masai rambutnya dengan berpakaian sangat lusuh. Ia dikenali sebagai seorang sahabat yang tekun beribadah.
Setelah menyelesaikan solat, sahabat yang berpakaian lusuh itu segera bergerak pulang tanpa membaca wirid dan berdoa terlebih dahulu. Lalu Rasulullah s.a.w menegurnya : "Tsa'labah! Mengapa engkau tergesa-gesa pulang. Tidakkah engkau berdoa terlebih dahulu. Bukankah tergesa-gesa keluar dari masjid adalah orang-orang yang munafik?"
Tsa'labah menghentikan langkahnya. Beliau sangat malu keranan ditegur oleh Rasulullah s.a.w, maka terpaksalah dia berterus terang kepada Rasulullah, kami hanya memiliki sepasang pakaian untuk solat dan ketika ini isteriku di rumah belum merana menunggu pakaian yang aku kenakan ini. Pakaian yang hanya sepasang ini kami gunakan untuk solat secara bergantian. Kami sangat miskin. Jika engkau berkenan, doakanlah agar Allah menghilangkan semua kemiskinan kami ini dan memberi rezeki yang banyak."
Pada mulanya Rasulullah s.a.w menolak permintaan tersebut sambil menasihati Tsa'labah agar meniru kehidupan Baginda sahaja. Namun Tsa'labah terus mendesak beberapa kali. Akhirnya dia mengemukakan alasan yang sering kita dengar :"Ya Rasulullah, bukankah kalau Allah memberikan kekayaan kepadaku, maka aku dapat memberikan kepada setiap orang haknya?"
Rasulullah s.a.w akhirnya mendoakan Tsa'labah. Kemudian Rasulullah s.a.w memberikan kambing betina yang sedang bunting kepada Tsa'labah :"Peliharalah kambing ini baik-baik", pesan Rasulullah. Ternakannya mula berkembang biak sehingga dia terpaksa membina ladang ternakan yang agak jauh dari Madinah. Seperti yang diduga, setiap hari dia sibuk menguruskan ternakannya. Lama-kelamaan, dia tidak lagi menghadiri solat berjemaah bersama Rasulullah s.a.w di siang hari.
Hari-hari seterusnya, ternakannya semakin membiak, sehingga semakin sibuk pula Tsa'labah mengurusnya. Kini, dia tidak dapat lagi berjemaah bersama Rasulullah s.a.w. Bahkan menghadiri solat Jumaat dan solat jenazah pun tidak dapat dilakukannya lagi.
Ketika turun perintah zakat, Rasulullah s.a.w memerintahkan dua orang sahabat untuk mengambil zakat daripada Tsa'labah. Sayangnya, Tsa'labah menolak utusan Nabi itu. Ketika utusan Nabi datang melaporkan masalah Tsa'labah ini, Nabi menyambutnya dengan ucapan Baginda : "Celakalah Tsa'labah!". Astaghfirullah,, Rasulullah s.a.w murka, Allah s.w.t pun murka!
Ketika itu turunlah ayat Al-Quran dari Surah At-Taubah ayat 75-78 :"Dan di antara mereka ada yang telah berikrar kepada Allah :"Sesungguhnya jika Allah memberikan sebahagian kurniaNya kepada kami, pastilah kami akan bersedekah dan pastilah kami termasuk orang-orang yang soleh."
"Maka setelah Allah memberikan kepada mereka sebahagian dari kurniaNya, mereka kikir dengan kurnia itu, dan berpaling, dan mereka memanglah orang-orang yang selalu membelakangi (kebenaran)."
"Maka Allah menimbulkan kemunafikan dalam hati mereka sampai pada waktu mereka menemui Allah, kerana mereka telah memungkiri terhadap Allah apa yang telah mereka ikrarkan kepadaNya dan (juga) kerana mereka telah berdusta."
"Tidaklah mereka tahu bahawasanya Allah mengetahui rahsia dan bisikan mereka, dan bahawasanya Allah mengetahui yang ghaib?"
Tsa'labah mendengar ada ayat turun mengecam dirinya, dia mulai ketakutan. Segera dia menemui Rasulullah s.a.w sambil menyerahkan zakatnya. Tetapi Rasulullah s.a.w menolaknya :"Allah melarang aku menerimanya." Rasulullah s.a.w mengambil segenggam tanah lalu ditaburkan atas kepala Tsa'labah :"Inilah perumpamaan amalanmu selama ini, sia-sia belaka. Aku telah perintahkan agar engkau menyerahkan zakat tetapi engkau menolak, celakalah engkau Tsa'labah".
Tsa'labah menangis tersedu-sedu. Setelah Rasulullah s.a.w wafat, Tsa'labah menyerahkan zakatnya kepada Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a., kemudian Saidina Umar Al-Khattab r.a., tetapi kedua Khalifah itu menolaknya. Tsa'labah akhirnya meninggal dunia pada masa pemerintahan Saidina Uthman bin Affan r.a.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w : "Bersedekahlah, dan jangan tunggu satu hari nanti di saat engkau ingin bersedekah tetapi orang miskin menolakmu dan mengatakan, "Kami tidak memerlukan wangmu, yang kami perlukan adalah darahmu!"
Di manakah Tsa'labah sekarang? Jangan-jangan kitalah Tsa'labah-Tsa'labah baru yang mulanya dengan linangan air mata memohon agar rezeki Allah turun kepada kita, dan apabila rezeki itu diterima, dengan sombongnya akhirnya kita lupakan kemurahan Allah s.w.t.
Apakah mungkin kitalah Tsa'labah? Nauzubillah.. Mungkin tidak, InsyaAllah :)
Tetapi yang nyata,,
Tsa'labah masih hidup dan 'mazhab'nya masih popular hingga kini..
Mudah mudahan kita semua dilindungi Allah dari sifat yang dimurkaiNya ini... :)

.jpg)


No comments:
Post a Comment