Thursday, 2 May 2013

Kau Orang Sudah Mau PMR ; Bila Mau Sedar ??!!


assalamaualaikum w.b.t
kali ni, masih dalam mood nak bebel
jadi, harap bebelan ni dapat menyedarkan saya sendiri ( yang masih berfoya-foya tak sedar diri )
dan juga jiwa-jiwa sahabat seperjuangan saya :D


korang !!
sek mu !!
hey you all !!
sedar tak...????!!!

PMR LAGI 6 BULAN !!!!!
6 BULAN - cuti - tidur - facebook - tengok tv - berfoyafoya - makan tak berhenti - borak ngan kawan - gelakketawa - dll = AAAAAAAAaaaaaHHHHH !!!! ( taksanggupnakkira )



adoilah,,,, kita sekarang,,, adakah dah sedar yang kita semua semakin menghampiri pmr??
akak senior memang kata pmr senang, tapi sebelum tu, diaorang pun berhempas pulas jugak kan nak study..?
tengah termenung ni, amacam markah exam..? ( muka rasa panas dan berbahang )
fikir-fikirkan...



situasi kita sekarang ( yang masih tak sedar, termasuk saya  ) :
bangga la gitu..? fb je memanjang, bukak cuti keje skolah tak siap  

1.berfacebook 24 jam di rumah. asal balik je online, asal balik je online. habis bila nak bukak buku..? muka buku takde tunjuk contoh soalan pmr ye.. ( terasa ) jom kurangkan :D


2. tidur. asal ada masa je, tidur.asal ada ruang je, lentok. nak kata masa cuti je nak lepas gian tidur, await hang tidur jugak dalam kelas,,, ?
hujung minggu je, tidur. masa ngafal tidur.. adoi, camana nak pmr ni...? jom kurangkan :D


3. borak. ni memang takleh elak, terutamanya perempuan ( cewah macam saya lelaki je buat statement gini ).
ada je benda yang nak diboraknya,, sampai tergelak-gelak pun ada... bila la nak dengar kita semua ni cakap pasal study je 24/7 .. hahaha... jom kurangkan :D



4. Buang Masa. haa, yang ni memang takde kompromi,, takfaham kenapa tapi semua orang suka buat... tahu benda tu membazir tapi jadi hobi pulak mende2 gini ( saya tak terasa ... -.-'' ) lah konon

5. korea :D ( bagi bebudak pompuan )
bukan nak boikot korea ke apa ( walaupun saya taksuka korea, tapi saya profesional insyaAllah )
duk tengok korea memanjang camana nak amek masa nak tengok buku..? 
jom kurangkan :D

6. games ( bagi bebudak lelaki )
haa,, ni lah dengar orang kabo, budak laki sampai ada yang berjaga main games,,, 
pastu, dalam kelas mulalah ngantuk.. eishh :)
jom kurangkan :D

*and ,,, tolong la jaga perangai kita semua ( i'm using KITA as it describes me too ) please, stop buat jenayah kat maktab, stop cari pasal dengan seniors, stop buat hati cikgu sakit, stop ponteng kelas, stop couple-couple, stop everything ! macamana nak dapatkan doa semua orang kalau kita buat semua orang kat sekeliling kita sakit hati dengan kita, pandang serong kat kita,,, please, jangan kerana nila setitik , rosak susu sebelanga,,, setidaknya, kasihanilah mereka2 yang tak berdosa :(

yang dah sedar... ( betul ke sedar..? )



hehehe.. jadi, jom lah kita semua menyedarkan diri yang mungkin kini masih alpa dan terleka,,, masih belum terlambat untuk kita berubah,, jom start buat HOMEWORKS yang cikgu bagi, buat STUDY GROUP ngan kengkawan, FOKUS dalam kelas, jangan BUANG MASA,, dll :D


ingat, kita semua ni ada impian masing2... first konfem2 nak banggakan mak ayah kita,,, buktikan pada mereka yang kita mampu !
balas semua pengorbanan mereka dengan menghadiahkan kejayaan :D


balas jasa cikgu2 yang dah banyak buang masa duk layan kerenah kita semua :D


yang penting, manfaatkan peluang yang Allah beri dengan sebaik mungkin, :D
insyaAllah, kita semua boleh !!!!


#Ya Allah, permudahkan urusan kami semua ya Allah. Berikanlah kejayaan kepada kami fid dunia wal aakhirah, berikanlah kejayaan kepada kami dalam peperiksaan PMR yang akan kami hadapi, dan juga peperiksaan2 lain di dunia sementara ini.Kami hanya bertawakkal kepadaMu, kerana Engkaulah Yang Maha Memberi Rezeki, dan Yang Maha Mengetahui Segala Sesuatu. Perkenankanlah doa kami. Ameen Ya Rabbal Alamin :)

  


3 comments:

  1. inshaALLAH ,
    *Allah tak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan dengan usahanya sendiri .
    btol ke ayat tu ? hehe

    ReplyDelete
  2. betul3 :D
    saling ingat mengingati insyaAllah :D

    ReplyDelete
  3. bittaufiq wannajah..... good luck in your exam....

    ReplyDelete